Nota Editor: Pesanan ini kami terima melalui email daripada seorang bekas peminat muzik rock dan heavy metal yang melahirkan pandangan beliau mengenai gelaran isu ‘hantu’ yang dilabelkan oleh seorang penceramah kepada pemuzik rock baru-baru ini.

Kami kongsikan di sini dengan harapan pandangan beliau ini dapat membuka minda anda dan merenung kembali situasi semasa yang menjadi ancaman kepada pemikiran dan akidah umat Islam di negara ini. Bacalah dengan hati yang lapang dan terbuka. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua dan mudah-mudahan ianya dikurniakan kepada kita semua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

rockers-80-an

Pesanan Bekas Peminat ‘Hantu’

Bukan sehari dua kumpulan-kumpulan muzik rock dan heavy metal bertapak di Malaysia. Bahkan hampir sama dengan usia, yang lahir tahun 1980an ni.

Kemungkinan kumpulan rock dan heavy metal negara ini telah pun mula wujud dan berlatih lebih awal dari ini, tetapi kehadiran mereka tidak begitu zahir dalam masyarakat di Malaysia sehinggalah apabila terdapat platform bahkan penganjuran untuk mengetengahkan kerja seni mereka.

Pada ketika itulah kumpulan muzik rock mula dikomersilkan dan mula mendapat tempat di arus perdana di negara ini, dengan adanya pertandingan Juara Rock pada 1983.

Sebelum itu, hiburan muzik di negara ini berkisar sekitar genre sentimental, blues, R&B, tradisional, dan genre-genre yang lebih ‘tenang’. Mungkin apabila negara pun makin maju, bergerak pantas, sibuk dan serabut makanya
permintaan muzik berevolusi dari tenang kepada serabut.

Saya adalah salah seorang peminat genre ini satu masa dahulu. Tapi hanya sekali-sekala layan kumpulan rockers dan heavy metalers tempatan, kebiasaannya mesti orang putih gitu. Baru ada klas. Metallica, Anthrax, Iron Maiden, Black Sabbath kepada yang lebih ‘lembut’ seperti Led Zeppelin, Pearl Jam, Guns & Roses, Aerosmith, Linkin Park dan lain-lain.

metallica-2

Alasan saya, dengar lagu begitu lebih meng-stimulasi diri, dan bukan melemahkan semangat. Lebih ‘berhantu’! Saya juga minat sungguh dengan muzik hingga bersungguh belajar bermain beberapa instrumen muzik, dari beberapa ahli muzik; kerjaya yang Nyonya Mansor benci sangat, dia lebih suka kalau Sabariah kahwin dengan lawyer atau doktor.

Saya begitu sensitif dan akan melompat bila ada orang mengutuk jenis muzik dan band yang menjadi kegemaran Mak Lampir. Hatta, bila ibu saya sendiri membebel duit saku yang beliau berikan, saya habiskan untuk guna beli kaset band yang saya suka (zaman tak mampu beli CD, dan belum ada mp3). Mujur bila zaman semakin maju ada aplikasi KAZA untuk download lagu-lagu
dari user serata dunia.

Saya akan seribu satu memberi justifikasi bahawa saya hanya dapat berfikiran dan berwawasan dengan muzik-muzik rock dan heavy metal kegemaran saya. Bahkan dalam membuat kerja, assignment juga, lebih pantas dengan adanya muzik yang mengujakan.

Apa-apa pun, saya masih solat 5 waktu, pandai baca Quran dan pandai belajar siap dapat biasiswa dan pergi oversea. Apa ada hal? Suka rock dan heavy metal, bukan penghalang untuk menjadi Muslim yang masih komited dan orang yang berguna. Itulah yang saya rasa.

meninggal-dunia

Sehinggalah apabila saya ditanya oleh seorang teman, “kalau mak bapak ko mati nanti, ko tenangkan fikiran ko dengan lagu ni gak ke?” Sentap. Saya dapat hidu teman saya cuba menegur.

Saya jawab, “tak kot. Cari Yasin ler”. Teman tanya lagi, “Kenapa? Kan waktu biasa-biasa tenangkan fikiran dengan lagu rock dan heavy metal. Kenapa tidak bila ko stress mak atau bapak ko mati, ko tak tenangkan fikiran ko dengan lagu tu?”

Saya rasa macam kena checkmate. Terkedu.

Iya lah, orang jauh dari agama macam mana pun, bila uruskan jenazah, bila pergi kubur dan bila hadir kenduri arwah, mesti jadi ‘soleh’. Terus soleh dari segi pakaian, percakapan, semua-semua lah.

Dengan usaha gigih, sama ada teguran baik dan sindiran tajam rakan-rakan
yang masih terpandu jiwanya, membuatkan saya memadam segala folder artis rock dan heavy metal kegemaran saya, dan mengosongkankan Recycle Bin.

Saya gantikan dengan MP3 Al Quran, dan merasai satu ketenangan yang “genuine”, mungkin seperti apa yang pernah dilalui apabila Cat Stevens menjadi Yusuf Islam.

rockers

Awal-awal zaman rock band dan heavy metal band diimport dari Barat dan diperkenalkan di Malaysia, masyarakat Malaysia terutamanya Melayu yang biasa dengan nilai Islam dan ketimuran, akan memanggil pengamal rock dan heavy metal sebagai hantu, dek kerana sinonim dengan rambut panjang mengerbang dan baju seluar koyak-rabak.

Atau mereka dipanggil kutu bila pakcik makcik lalu nampak mereka di tepi longkang ber’jamming’. Bahkan ada juga para ustaz dan pendakwah memberikan label yang keras bagi golongan yang merosakkan akhlak dan aqidah bangsanya.

Hantu, kutu berahak, mambang dan seumpamanya. Dengan harapan orang-orang tua kita ini, gelaran yang buruk sebegitu dapat mengurangkan motivasi diri mereka atau orang lain mengikut jejak langkah begitu.

Apabila baru-baru ini seorang pakar motivasi bernama Lukman Al Hakim telah dihentam beratus-ratus peminat rock band tanah air, apabila dia menyamakan kumpulan rockers dengan hantu. Nak pula, siap ada gambar kumpulan Search.
Memang mengamuk segala peminat kumpulan tersebut. Termasuklah Amy Search yang membuat status terkilan.

amy-search-motivasilukman

Mungkinkah pakar motivasi ini telah ketinggalan zaman? Mungkin dia ingat dirinya berada pada zaman 80an dan 90an, yang mana gelaran hantu atau kutu kepada pengamal muzik rock dan heavy metal adalah biasa.

Sudah masuk alaf baru, mesti lebih murni dan sopan butir perkataan untuk berdakwah – itu nasihat para peminat. Tak boleh keras, garang langsung – itu nasihat para peminat.

Peminat genre rock dan heavy metal yang biasa dengar jeritan, laungan, pekikan, suara rockers kegemaran mereka, serta amplitud dan frekuensi tinggi gitar elektrik, tiba-tiba tidak boleh menerima nasihat yang menyentap.

Dengan berlalunya zaman, pengamal muzik yang lagha tetap beristiqamah dengan gaya dan cara mereka. Namun begitu, masyarakat sekeliling tidak dapat beristiqamah menjadi masyarakat yang cakna dan ‘jaga tepi kain orang’.

Wujud lagikah insan-insan yang sensitif seperti pakar motivasi Lukman Al Hakim tersebut.

Berlalunya masa, semakin berkurangnya sensitiviti dalam masyarakat dan kurangnya rasa ingin memuliakan syiar-syiar agama, makanya perkara lagha dan maksiat juga menjadi hak asasi.

Ya! Hak asasi yang patut dihormati, tidak boleh disanggah dan dicela hatta walau bertentangan dengan nilai agama dan kebudayaan. Tidak boleh ditegur, hatta rosaknya kepada jiwa anak bangsa runtuh seruntuhnya lupa Allah apabila terkinja dengan muzik kegemaran masing-masing.

Tidak boleh ditegah, walau kerosakan yang disebabkan para pengamal, para penganjur dan para penaja konsert haprak ini sangat besar, sehingga terpaksa menggunakan usaha, tenaga dan wang berkoyan-koyan hanya untuk menarik
anak muda kembali pada Islam, berbanding hiburan.

Surah AlAraf, ayat 179:
وََلقَدْ ذَرْأنَا لجََِهَّنَم كِثيًرا مَن الِْجِّن وَالِْإنسِ لَُهْم قلُوُبٌ لا يَفْقَُهوَن بَها وََلُهْم أعَُْيٌن لا يبْصُِروَن بَها وََلُهْم آذَاٌن لا يَْسَمُعوَن بَها أوَُٰلئِكَ كالَْْأنَعامِ بَْل هْم أضََُّل أوَُٰلئِكَ هُم الْغَافِلوَُن

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Jangan kata Allah tak layak panggil kita “binatang ternak” pula. Bila acapkali dinasihati dengan lembut dan berhikmah, tapi memilih untuk sesat dan lalai, seperti yang disebut ayat Al Quran ini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram