Selama membesar di Malaysia, kita dihidangkan dengan pelbagai cerita dongeng. Buat generasi yang lahir tahun 90-an dan berada di zaman antara ada internet dan tiada internet, cerita-cerita mistik sudah sebati mengekori kita selama kita membesar. Dari kisah anak derhaka yang disumpah menjadi ikan pari sehinggalah kisah sejadah di masjid yang duduk diantara dua sujud.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Terbaharu, kisah Neil Armstrong – manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan – masuk Islam selepas mendengar azan di Bulan juga pernah menghangatkan zaman remaja anak-anak 90-an. Namun kebenaran kisah ini rupanya sudah dijawab lama oleh tuan badan sendiri iaitu Amstrong dalam satu surat kepada Wahiduddin Khan, Presiden Islamic Centre yang bertapak di Delhi.

Dalam surat tersebut, Armstrong memberitahu Wahiduddin bahawa gosip yang menyatakan bahawa beliau menganut agama Islam selepas mendengar azan di Bulan dan Cairo, Egypt adalah tidak benar sama sekali. Armstrong menyatakan bahawa isu itu hanyalah gosip kosong yang cuba dimainkan oleh media yang tidak bertanggungjawab di beberapa negara termasuk Malaysia dan Indonesia.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

“Laporan saya masuk Islam, selepas mendengar suara Adzan di bulan, dan kemudian di Kaherah (saya tidak pernah ke Mesir) semuanya tidak benar.

“Beberapa majalah dan akhbar di Malaysia, Indonesia dan tempat lain telah menerbitkan laporan ini tanpa pengesahan. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin disebabkan oleh kewartawanan yang tidak bertanggungjawab ini,” kata Armstrong dalam satu surat pendek kepada Wahiduddin.

Untuk rekod, Armstrong adalah warganegara Amerika Syarikat dan orang pertama yang berjaya menjejakkan kaki di Bulan. Beliau juga seorang jurutera ruang angkasa, juruterbang tentera laut, juruterbang ujian dan pensyarah universiti. Mulanya bekerja dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, beliau berkhidmat dalam Perang Korea. Selepas perang, beliau menjadi juruterbang ujian Suruhanjaya Penasihat Aeronautik Negara.

Dakwaan matahari akan terbit sebelah barat adalah palsu, lapora NASA. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dakwaan Matahari Akan Terbit Dari Sebelah Barat Adalah Palsu, Lapor NASA

‘Rover’ Bersejarah NASA Di Marikh Dikawal Oleh Saintis Ini Di Rumahnya Sahaja

NASA Buka Kerja Kosong Dengan Gaji Minimum RM200,000 Dan Berikut Adalah Syarat-Syaratnya