Dalam tradisi mengejar kecemerlangan persekolahan, kita seringkali memikirkan berapa banyak 'A' untuk dicapai, dan berusaha bersungguh-sungguh mencapainya. Ada yang berjaya mendapat semua A, tetapi ada yang tidak.

Pengalaman yang didapati daripada fokus, kerja keras dan pengorbanan juga adalah sesuatu yang perlu diraikan, walaupun tanpa semua A.

guru-besar01
Guru besar, Rachel Tomlinson. [Dailymail]

Seorang guru besar, Rachel Tomlinson dari Barrowford Primary School, Nelson, Lancashire menyedari hakikat ini. Beliau juga menyedari kehidupan bukanlah setakat hanya tentang keputusan peperiksaan.

Lantas beliau menulis ini:

surat-cikgu

Wahai pelajar,

Disertakan keputusan peperiksaan akhir KS2 anda. Kami amat berbangga kerana anda telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan.

Walau bagaimanapun, kami juga tahu peperiksaan ini tidak selalu menggambarkan diri anda yang istimewa dan unik. Mereka yang menyedia dan menanda kertas peperiksaan ini tidak kenal anda – seperti mana guru-guru anda, saya, lebih-lebih lagi seperti mana keluarga anda mengenali anda.

Mereka tidak tahu anda pandai bertutur dalam dua bahasa. Mereka tidak tahu anda pandai bermain instrumen muzik atau menari atau melukis.

Mereka tidak tahu anda selalu bersedia membantu kawan-kawan yang memerlukan atau senyuman anda dapat menceriakan hari-hari yang membosankan. Mereka tidak tahu anda menulis sajak dan lagu, atau suka bersukan, atau selalu memikirkan masa depan, atau kadang-kala membantu ibu bapa menjaga adik-adik selepas persekolahan.

Mereka tidak tahu anda telah travel ke tempat-tempat yang menakjubkan atau anda petah bercerita atau anda benar-benar suka menghabiskan masa bersama-sama ahli keluarga atau kawan-kawan.

Mereka tidak tahu anda seorang yang boleh dipercayai, baik hati dan prihatin, dan anda mencuba, setiap hari, untuk menjadi yang terbaik… Markah anda akan memberitahu anda sesuatu, tetapi ia tidak dapat menceritakan segala-galanya.

Jadi nikmatilah keputusan anda, dan berbanggalah, tetapi ingat, ada banyak cara anda boleh jadi pandai.

Surat ini diberikan kepada semua pelajar tahun akhir sekolah Barrowford. Alison Owen, ibu Charlie, seorang pelajar di Barrowford tersentuh apabila membacanya, lantas berkongsi foto surat ini di Facebook sebelum ianya tersebar luas.

"Oh, apa yang telah saya buat? Harapnya sekolah tak marah dengan saya," kata Allison apabila dia tiba di sekolah pada keesokan harinya dan melihat suasana sibuk dengan kru penggambaran TV dan media.

guru-besar
Alison Owen, Charlie dan Rachel Tomlinson. [The Guardian]

Mujurlah, ia adalah sesuatu yang baik, dan tidak berapa lama kemudian, Rachel Tomlinson, guru besar sekolah itu dijemput menyertai wawancara BBC Breakfast dan Good Morning Britain di ITV. Anaknya pula, Charlie, ditemubual oleh rancangan berita tempatan.

Barrowford, sebuah sekolah awam dengan 324 orang pelajar telah diberi penilaian "baik" semasa pemeriksaan Ofsted pada tahun 2012. Nazir sekolah memuji kakitangan sekolah ini kerana menyediakan "persekitaran yang mesra untuk membina keyakinan pelajar dan menyokong kanak-kanak untuk menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan".

BACA: Surat Terbuka Buat Adik Adi Putra

BACA: Budak Lelaki Ini Tidak Mampu Beli Buku, Minta Surat Sampah Untuk Dibaca

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram