Sebahagian produk Apple telah disimpan bagi memelihara sejarah dan cerita disebalik terbinanya jenama besar Apple, manakala sebahagian lagi telah dilelong untuk dijadikan koleksi peribadi bagi mereka yang mampu.

Melalui laporan Hype Beast, RR Auction telah mengambil inisiatif dengan melelong beberapa barangan peribadi milik Steve Jobs. Antara koleksi peribadi terbaharu yang dilelong adalah surat yang ditulis oleh Steve Jobs menggunakan mesin taip.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Surat yang ditaip oleh Steve Jobs baru-baru ini muncul di khalayak umum buat pertama kalinya. Pada kertas 8.5” x 11”, surat itu mempunyai kepala surat dengan logo Apple Computer Inc. yang bertarikh pada 11 Mei 1983. Surat itu dialamatkan kepada L.N. Varon dari Imperial Beach, California.

Kandungan surat itu adalah Jobs menjawab permintaan untuk temu duga oleh Varon. Dia menulis, “Saya berbesar hati kerana anda menulis, tetapi saya takut saya tidak dapat menandatangani autograf.”

Surat itu telah didokumentasikan dengan baik bahawa Jobs sering menolak permintaan orang ramai untuk mendapatkan tandatangan beliau. Bagaimanapun, apa yang menarik adalah, di dalam isi surat, Jobs menolak permintaan untuk mendapatkan tandatangan beliau, namun dia tetap menandatangani surat itu dengan tandatangannya yang tersendiri.

Melalui surat ini, ia dapat dilihat bagaimana personaliti seorang pengasas Apple dalam melayani pengikutnya. Ia memberi gambaran bahawa Jobs seolah tidak mahukan kemasyuran.

Memorabilia itu kini telah dijual pada harga $478,939 USD atau bersamaan RM 2.1 juta.

Ramalan Steve Jobs pada tahun 1990 akhirnya jadi kenyataan pada hari ini. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Ramalan Steve Jobs Pada Tahun 1990 Akhirnya Jadi Kenyataan Pada Hari Ini

Jam Tangan Milik Steve Jobs Ini Terjual Pada Harga RM178 Ribu

Lelaki Ini Kongsikan 3 Fasa Hidup Steve Jobs Yang Boleh Dijadikan Pengajaran Buat Para Usahawan