Berita baik buat para pengguna Touch ’N Go apabila kerajaan sedia untuk memansuhkan surcaj 10 peratus yang dikenakan buat pengguna bagi kemudahan tempat letak kereta.

Tetapi dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Chong Chieng Jen berkata proses pemansuhan tersebut akan berlaku secara berperingkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pemansuhan tidak akan berlaku dengan kadar segera disebabkan kontrak berasaskan surcaj sedia ada antara Touch ’N Go dan pengendali tempat letak kereta masih belum berakhir dan hanya akan berlaku apabila kedua-dua pihak memasuki perjanjian baharu yang akan mengenepikan bayaran tambahan itu.

TOUCHNGO
The Star

Dalam masa yang sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan bahawa  surcaj 50 sen yang dikenakan kepada pengguna apabila menambah nilai di beberapa outlet tidak diterima oleh Touch ’N Go sebaliknya kepada penyedia perkhidmatan.

Untuk pengetahuan semua, terdapat lebih 11,000 tempat untuk menambah nilai dan lebih 2,000 tempat yang tidak mengenakan caj tambahan 50 sen kepada pengguna.

Caj tambahan 50 sen hanya akan wujud apabila terdapat perbincangan perniagaan di antara tempat yang menawarkan khidmat tambah nilai tersebut.

Sebelum ini tular di media sosial dengan beberapa insiden ketidapuasan hati pengguna selepas Touch ’N Go dilihat seperti mahu mengambil kesempatan ke atas khidmat yang diberikan apabila mengenakan beberapa caj tambahan.

Berikut kami sajikan kepada anda artikel yang berkaitan Touch ‘N Go. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Touch ‘n Go, Netizen Tampil Luah Perasaan

Touch ‘n Go PayDirect Kini Tersedia Di Lebih Banyak Lebuh Raya Termasuk LDP

Touch ‘n Go Tawar Pemasangan RFID Secara Percuma Di Sekitar Lembah Klang