Kenaikan harga barang, GST, dan pelbagai lagi kerunsingan dalam melengkapkan keperluan keluarga adalah satu realiti hari ini. Seorang ibu, yang kini sudah menjadi suri rumah, Dahlia Dahalan, berkongsi apakah yang beliau dan suami lakukan untuk memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi dalam ekonomi sekarang. Semoga anda mendapat manfaat dari tips yang bijaksana ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mari saya kongsikan apa yang saya telah jumpa. Ini pemerhatian saya dan juga dengan muka tak malu bertanya kenapa.

Konklusi saya ialah kita bayar harga barang keperluan lebih mahal dari orang lain. Dulu saya pun macam anda juga. Anak 2 (orang) pun perit setiap bulan. Macam mana nak positif kalau hutang banyak, betul tak?

Dua-dua (suami isteri) kerja tetapi MasyaAllah tak cukup juga. Tapi saya tengok kawan saya bangsa lain relax jer. Yang perempuan dah berkeluarga siap beritahu belanja duit laki jer. Duit gaji dia simpan.

Pujuk punya pujuk dia bagi tau rahsia macam mana boleh cukup. Dia beli barang keperluan yang kering dan tahan lama masa murah sahaja.

Bukan itu sahaja, dia simpan stok 6 bulan. Itu sebabnya dia tak kisah ada masalah kereta ker masalah anak nak sekolah ker masalah barang kena ganti hari ke. Sebab dia boleh hidup dengan tanpa shopping barang dapur 6 bulan.

Kalau sebulan anggaran 400 kiranya dia ada stok RM2400. Tapi itu kalau basic jer. Dia siap boleh jiran beli kalau jiran emergency takder barang lagi.

Dan saudara saudari itu juga yang saya buat. Bila difikirkan Nabi Yusuf pun pernah buat simpan stok untuk masa susah, kan? Kenapa bangsa lain boleh ikut, kita tidak? Cerita Nabi itu pengajaran untuk kita.

Jom kumpul stok barang. Mulakan dengan benda mudah seperti sabun basuh. Kalau penggunaan satu pek sebulan bila murah beli dua. Atau tukar kepada brand yang lebih murah. Tak tahu sesuai atau tidak? Beli jer pek percubaan yang seringgit tu. Mulakan perlahan-lahan.

Kicap untuk masakan beli jer yang murah. Kita tambah bahan-bahan untuk sedapkan bila masak. Kicap untuk makan je beli yang branded.

Buat keputusan bijak bila beli barang. Kumpul stok keperluan kering tu perlahan-lahan jadi budget anda pun tak over.

Itu yang saya buat sampai sekarang. Saya kini tak bekerja jadi surirumah. Anak pun dah 4 (orang). Ini sahaja cara keluarga saya sustain dengan keadaan semasa.

Harga barang naik saya sudah boleh adjust kat groceries. Barang stok sedang saya perbaiki lagi jangka hayatnya. Target saya setahun.

Jom kumpul stok. Bila stok anda dah stabil anda cuma belanja beli barang bila betul-betul murah.

Berhenti merungut. Kita tekan pembekal pula. Harga murah kita ramai-ramai beli. Harga mahal kita boikot.

Sumber: Dahlia Dahalan, dengan izin

Like page The Vocket di Facebook