Snek ringan rakyat Malaysia seperti Super Ring bukan sahaja menjadi kegemaran orang tempatan tetapi juga terkenal di Korea Selatan. Super Ring mencipta fenomena di Korea Selatan kerana Jennie dan Jisoo Blackpink menyukainya.

Apa yang lebih mengejutkan, Super Ring juga rupanya laku dan digilai oleh mereka di Amerika Syarikat. Mesti anda macam tidak percaya, bukan?

Menerusi temubual Mstar, seorang suri rumah iaitu Rabiatul Adilah telah menjalankan perniagaan dalam talian menerusi platform eBay. Beliau telah mendedahkan bahawa keropok Super Ring antara yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat luar negara terutama sekali Amerika Syarikat.

059a

Sedia maklum, snek tersebut yang berharga RM1.60 di Malaysia mampu dijual sehingga mencecah AS$12 (~RM50) di sana. Difahamkan beliau sudah setahun berkecimpung dalam perniagaan di platfrom tersebut dan beliau mula untuk menyertai perniagaan ini selepas melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Tambahnya lagi, stok Super Ring, ubat nyamuk dan sebagainya yang dijualnya sebenarnya beliau beli di pasaraya dari Mydin, 99 Speedmart dan Shopee untuk dipasarkan.

a716

Selain keropok Super Ring yang laris dijual di eBay, petai, tempe dan ubat nyamuk turut mendapat permintaan tinggi di luar negara. Beliau turut berkongsi pendapatan beliau dan mendakwa mampu menjana RM4,800 sebulan dengan mudah.

Sememangnya keropok Super Ring yang lazat ini menjadi pilihan ramai orang di seluruh dunia. Apa kata baca artikel berkaitan Super Ring pada pautan di bawah ini.

Penangan Jennie Dan Jisoo Blackpink, Super Ring Kini Laris Di Korea

Warga Bangladesh Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan Jual Barang Ciplak Di Malaysia

Hanya Jual Ayam Goreng RM1, Peniaga Ini Raih Pendapatan RM15,000 Sebulan

Sumber