Marcapada ini, pelbagai perkara boleh dilakukan untuk menjana pendapatan. Salah satunya melalui kaedah penstriman permainan video yang kini semakin digunakan oleh belia di Malaysia.

Kini, permainan video sudah diiktiraf dunia sebagai salah satu sukan penting dan sudah dipertandingkan sehingga peringkat antarabangsa. Pemenangnya akan membawa pulang sejumlah wang yang besar.

Screenshot 2020-08-13 at 6.04.34 PM
HYPE
Baru Berkahwin, Ini Cara Pasangan Muda Mampu Miliki Rumah Idaman Mereka
Baca lagi →

Tetapi kisah seorang suri rumah ini berjaya menjana pendapatan hingga ribuan ringgit dengan hanya bermain permainan video melalui penstriman secara langsung di laman sosial pastinya akan membuatkan ramai orang kagum.

Ini telah dibuktikan oleh Roslinda Embran yang turut dikenali sebagai Miss Rose telah berkecimpung dalam dunia penstriman video dengan pendapatan mencecah sehingga 5 angka.

Beliau memilih cara ini untuk mengisi masa lapang sejak Oktober 2018 setelah dicadangkan oleh adik iparnya untuk bermain sambil menjana pendapatan di Facebook. Beliau memilih permainan video PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG untuk dimainkan secara strim di Facebook.

Sumber: Facebook Miss Rose Gaming

Mendapat sokongan sepenuhnya daripada suami, beliau pastinya akan mengutamakan urusan rumah tangganya terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti sampingan bermain PUBG.

Pendapatannya diperoleh melalui penonton yang memberikan ‘bintang’ ketika permainan sedang berlangsung. Purata penstriman video secara langsung selama dua hingga ke tiga jam bagi satu sesi.

Screenshot (732)

Sumber: Facebook Live Miss Rose Gaming

Sepanjang pengalaman beliau berkecimpung dalam industri permainan video secara langsung ini, tidak terkecuali dikecam namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk berhenti dengan aktiviti yang telah menjadi sebahagian kerjayanya.

Boleh lihat video penuh sesi temu bual oleh Zayan.my bersama Roslinda di sini.

Ketahui 6 cara lain untuk suri rumah menjana pendapatan untuk keluarga. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

6 Cara Suri Rumah Menjana Pendapatan Untuk Keluarga

Permainan PUBG Mobile Akan Dihadkan Waktu Permainan Selama 6 Jam Sahaja Sehari

Anda Mungkin Suka