Rupa-rupanya ahli istimewa Team Lost & Found KLM yang telah menjadi viral di YouTube adalah satu dusta yang comel.

Ia comel kerana memperkenalkan seekor anjing sebagai ahli istimewa Team Lost & Found KLM, sedangkan ia tidak pernah wujud di realiti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anjing itu telah dijadikan maskot KLM dan berjaya menvisualisasikan kejayaan Team Lost & Found KLM yang sebenar.

Idea anjing ditonjolkan di dalam video KLM tersebut adalah dari sebuah syarikat pengiklanan, DDB & Tribal Worldwide apabila mereka mendengar cara Team Lost & Found menyelesaikan masalah seperti detektif.

Team Lost & Found KLM telah menggunakan semua maklumat yang ada seperti nombor tempat duduk, nombor telefon dan maklumat media sosial untuk menemukan barang yang hilang dengan pemiliknya.

Kadang-kadang, ada juga penumpang KLM yang tidak sedar mereka kehilangan barang sehinggalah Team Lost & Found menjumpai mereka.

=================================================

Sumber: Blog MediaBistro.Com, slot Agensi Pengiklanan

=================================================

Like The Vocket di Facebook