Ketika diumumkan awal November lalu, ramai yang berharap agar mainan khas yang akan dihasilkan kembali untuk ulang tahun Ke-40 Happy Meal dilancarkan di Malaysia.

Tidak mahu menghampakan peminat mereka, McDonald’s Malaysia mengesahkan akan mula menjual set ‘Surprise Happy Meal’ ini bermula 28 November 2019.

201911141041192625
HYPE
Ketahui Mengapa Kini Merupakan Masa Terbaik Untuk Anda Dapatkan Peranti Huawei
Baca lagi →

Sejak ia mula diperkenalkan pada Jun 1979 di Amerika Syarikat, Happy Meal telah berkembang ke lebih 38,000 restoran di lebih 100 buah negara di seluruh dunia – dengan mainan ikonik kekal sebagai simbol kejutan, keceriaan dan kegembiraan.

14 permainan vintaj bakal menjadi rebutan antaranya McDonald’s Hot Wheels Thunderbird (Mattel), Hamburglar (McDonald’s), Space Jam Bugs Bunny (Warner Brothers), Patti the Platypus (Ty Beanie Baby), Tamagotchi (Bandai) dan Hello Kitty (Sanrio).

Menariknya, Setiap Surprise Happy Meal akan mengandungi salah satu mainan koleksi. Disebabkan elemen kejutan, anda tidak boleh memilih permainan yang akan diterima. Jadi, semuanya bergantung kepada nasib untuk anda memiliki permainan yang mahu.

IMG_20191120_161353

Bungkusan khas untuk set ‘Surprise Happy Meal’ Nanti

“Kanak-kanak mahupun orang dewasa pasti seronok dengan kemunculan kembali mainan dari era 1980-an dan 1990-an ini. Ia semestinya membangkitkan nostalgia, lebih-lebih lagi para pelanggan yang menyukai Happy Meal semasa zaman membesar mereka,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.

Tiada had pembelian untuk Surprise Happy Meal ini. Malangnya, model Power Ranger Red tidak dijual di Malaysia. Yang pasti, kami tahu ramai yang mahukan McDonald’s Hot Wheels Thunderbird dalam koleksi ini. Selamat mencuba nasib di McDonald’s 28 November nanti.

Tahukah anda Inside Scoop menawarkan aiskrim pada harga hanya RM3 bermula hari ini? Baca lagi tentang tawaran khas ini pada artikel di bawah.

Inside Scoop Tawar Aiskrim Berharga RM3 Bermula 21 November 2019

‘Oreo Cookies & Cream Pie’ Antara Menu Baharu Diperkenalkan McDonald’s Malaysia

Anda Mungkin Suka