Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap ramah beliau bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial.

Sering berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam yang dilakukan di akaun Instagramnya, beliau bagaimanapun tidak terlepas daripada perangai biadap sesetengah netizen.

Perkara itu dikongsikan sendiri beliau baru-baru ini menerusi satu hantaran dengan berkongsikan kembali tangkap layar komen biadap yang ditinggalkan netizen di hantaran sebelumnya.

photo_2020-10-02_13-36-06

‘Apa masalah anda dengan saya’

Komen tersebut bukan sahaja biadap dengan memberitahu individu yang mengalami cirit birit agar hanya membuang air besar namun turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘sial’ di penghujungnya.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen tersebut dibuat namun akaun @farisisbi**h merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan netizen terbabit.

Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, Tunku Azizah kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ sebelum membuat hantaran berasingan dengan menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Rata-rata netizen kemudiannya yang melihat hantaran itu mengutuk perbuatan biadap itu dan mencadangkan agar beliau mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu.

komen3 komen2 report

Raja Permaisuri Agong sebelum ini juga aktif di Twitter sebelum menutup akaunnya. Baca penjelasan penutupan akaun seperti yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka, Tengku Puteri Jihan Jawab Dakwaan Netizen Di Twitter

Anti Islam Dan Hina Permaisuri Agong, Siapa Sebenarnya ‘Imam of Peace’?

Anda Mungkin Suka