Wah wah wah, ekoran status saya semalam yang untung RM72k dalam masa 5 minggu jual mempelam Harum Manis, saya menerima banyak PM yang teringin memulakan bisnes yang sama pada tahun hadapan.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

Sebenarnya itulah yang saya mahu, saya mahukan semangat mereka sentiasa membuak-buak utk jadi seorang peniaga.

Dan ketahuilah untuk menjadi “peniaga” memang mudah, yang susah ialah jadi peniaga “berjaya”

Baiklah, biarlah saya terangkan secara ringkas apakah susah payah yang saya tanggung untuk jual harum manis.

1. Modal

modal
Harga Harum Manis pada tahun 2015 ialah RM17/kg. Sekotak ada 3 kg, jadi, untuk 3000 kotak, jumlahnya ialah RM17 x 3kg x 3000 kotak = RM153,000. Takdelah banyak sangat, sama nilai dengan 76 biji GoPro jer, tapi perniagaan ini sedikit sebanyak menganggu perniagaan hakiki saya. Pening la juga.

2. Masa yang singkat untuk menjual

no_time
Kamu tahu tak, kamu cuma ada 4 hari sahaja untuk menjual sekotak Harum Manis? Kerana Harum Manis diperam di dalam kotak yang diletakkan kabaid, selepas tempoh 4 hari, buah itu perlu dimasukkan ke dalam peti ais.

Biasanya, 400 kotak diorder serentak, itu bermakna, saya perlu menjual 100 kotak dalam masa sehari. Bayangkanlah kalau saya tak dapat jual buah mempelam itu dalam masa 4 hari, tension bro, tension. Time tu memang saya akan hantar je mempelam itu ke rumah kawan-kawan baik, tinggalkan je pelam itu depan rumah mereka, bila saya sudah sampai rumah baru saya call mereka suruh makan je terus pelam tu, dan diakhiri dengan pesanan jangan lupa bank in kan duit pada bila-bila masa.

3. Kena tahan maki

yelling
Harum Manis harganya RM75 sekotak. Dalam sekotak tu ada lebih kurang 4 ke 7 biji buah sahaja. Mahal itu, mahal…bayangkanlah jika tiba-tiba buah itu busuk, kena pula customer yang jenis kaki maki, “berbakul” la juga kena maki, macam la mempelam tu Cikgu E yang buat, sampai dia lupa sebenarnya ianya ciptaan istimewa Allah SWT yang hanya ada kat Perlis Indera Kayangan.

4. Logistik dan lain-lain

lorry
Malas saya nak cerita yang saya perlukan sebuah lori untuk pengangkutan untuk mengambil mempelam ini dari Perlis ke Ipoh. Malas saya nak cerita tentang Kedai Kamera E-Poh dah nampak macam Kedai Mempelam Epoh bila customer masuk dalam kedai saya. Malas saya nak cerita betapa hidup saya termasuk staf saya bagaikan berperang sewaktu menjual harum manis ini.


Sebenarnya banyak lagi yang boleh saya ceritakan tentang susah payah jual Harum Manis. Sengaja saya cerita sedikit sahaja, manalah tahu saya boleh hasilkan buku suatu hari nanti, boleh la saya ceritakan secara terperinci…In shaa Allah.

Tapi yang penting disini, saya mahu kamu paham, disebalik kejayaan sesebuah bisnes itu, ada banyak cabaran dan dugaannya. Sebelum dapat manisnya, kenalah rasa pahitnya dulu.

“Kamu kena faham yang berniaga itu perlu ada “seni” nya”

Artikel di atas disumbangkan oleh Nassry Mardee Ismail. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group