Sebut mengenai restoran penawaran Sushi, pastinya Sushi King antara yang menjadi pilihan. Tidak hairanlah francais restoran ini berjaya mengumpul sebanyak 135 cawangan sehingga kini.

Terbaru, menerusi rancangan Texchem Resources dibawah kendalian Sushi Kin Sdn Bhd, mereka berhasrat untuk membuka sebanyak 65 cawangan Sushi King seluruh Malaysia menjelang lima tahun akan datang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sushi King_1
Sumber: Convergence MAHB

Menurut pengarah urusan Sushi Kin, Hiroki Mori cawangan terbaru Sushi King yang bakal dibuka selepas ini bakal meliputi kawasan bandar serta pasar raya.Dikatakan sebanyak RM50 juta modal telah disediakan bagi membuka cawangan terbaru Sushi King.

Selain itu, syarikat ini bakal turut menawarkan rangkaian restoran mereka di kawasan rehat dan rawat (R&R), stesen minyak serta lapangan terbang pada masa akan datang.

27808551_W025YQ4m4fS3cFDE5nhNNvaT2CbuF9bBLIDf_doy_Mk
Sumber: Openrice Malaysia

Tidak hanya memfokuskan kepada kualiti makanan yang ditawarkan semata-mata, Sushi King turut memberi penekanan mengenai status halal makanan yang ditawarkan. Difahamkan kini sebanyak 125 daripada cawangan mereka sudahpun menerima pengesahan halal.

Bersesuaian dengan jumlah pelanggan mereka di Malaysia yang terdiri daripada 60% umat Islam, Sushi King bercita-cita untuk menawarkan rangkaian sushi yang halal, bersih serta berkualiti khusus buat para pelanggan.

Dalam usaha untuk merealisasikannya, Sushi King sanggup berbelanja lebih RM40,000 untuk setiap pengedar mereka di Jepun dalam memastikan produk yang diterima disahkan halal.

Sumber