Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Perjalanan jauh ke kampung halaman pastinya membuatkan pengguna jalanraya akan singgah dan berehat seketika di kawasan rehat & rawat (R&R) yang disediakan. Kini pengguna Lebuhraya Utara-Selatan bakal berpeluang untuk menikmati barisan tawaran makanan enak seperti Sushi King dan Family Mart.

Selain daripada Sushi King dan Family Mart, beberapa lagi jenama besar kegilaan rakyat Malaysia turut disediakan seperti MyLaksa, Daily Fresh dan Bon 900 Cafe. Jenama-jenama ini akan mula menyertai rangkaian 25 jenama lain di hentian sebelah dan R&R Plus tidak lama lagi.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

20190418_110300-NEW00-Custom

plus_malaysia_1804a-seo

Majlis memeterai perjanjian dengan 5 jenama ini turut disertai oleh Pengarah Urusan Plus Datuk Azman Ismail yang sempat menyatakan pertambahan jenama yang bakal beroperasi ini adalah untuk memberi keselesaan sekaligus memenuhi permintaan pasaran terkini.

Anda Mungkin Suka