Polis sedang mencari ahli perniagaan dengan gelaran “Dato Sri” yang didakwa terlibat dalam sindiket pengubahan wang haram dan jenayah komersial, lapor New Straits Times.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, alamat terakhir Dato Sri Nicky Liow Soon Hee yang berusia 33 tahun adalah Unit 1009, Trigon Residence, Puchong, Selangor.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengasas kepada Winner Dynasty Group ini dipanggil bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan kerana kesalahan yang berkaitan dengan jenayah terancang.

“Semalam, polis Johor melakukan operasi yang merangkumi serbuan di Puchong, Selangor dan menahan 12 individu termasuk seorang lagi yang juga ‘Dato Sri’.

“Ini adalah sindiket besar dan melibatkan banyak scam dan penipuan. Suspek adalah orang yang berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan orang ternama termasuk pegawai dari agensi penguatkuasaan.

“Sesiapa yang didapati cuba melindungi suspek akan diambil tindakan tegas terhadap mereka, tidak kira mereka orang awam atau dari agensi penguatkuasaan termasuk polis,” katanya.

Dua kertas siasatan telah dibuka di atas nama Nicky Liow di Johor di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Untuk rekod, Nicky Liow pernah ditangkap kerana menyerang dua anggota Rela yang bertugas di kuil Kou Ong Yah di Kuala Lumpur empat tahun lalu. Dia kemudiannya dibebaskan.

‘Saya akan porak perandakan semua balai polis dan hidup tuan’ – Datuk Seri ugut polis ditahan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Saya Akan Porak Perandakan Semua Balai Polis Dan Hidup Tuan’ – Datuk Seri Ugut Polis Ditahan

Sumber