Sejak semalam hangat diperkatakan tentang seorang kanak-kanak berusia lapan bulan di Kelantan, Wan Mohamad Afiq Wan Roslan yang disyaki dibunuh bapanya sendiri.

Tambah mengejutkan, mayat bayi berkenaan juga ditemui dalam keadaan misteri dengan badannya dilumur dengan garam selepas dipercayai dibunuh dengan objek tumpul.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Susulan daripada kematian tersebut, bapanya yang berusia 40 tahun telah pun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

EkQobStU0AIo57P
Kejadian berlaku di Kampung Sungai Dua, Bachok, Kelantan

Walaupun telah ditahan, namun bapa yang juga suspek utama itu menurut Berita Harian yang memetik Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat masih belum memberikan sebarang keterangan.

Sebaliknya dia hanya berzikir ketika berada dalam tahanan dan memaklumkan dia mendengar suara malaikat, sebelum membunuh anaknya.

Perkara itu di samping cara bayi lelaki berkenaan dibunuh dan badan dilumur garam serta halusinasi yang dialami suspek membuatkan pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan ajaran sesat.

Terdahulu, mangsa Wan Mohamad Afiq Wan Roslan maut disebabkan kecederaan di kepala disebabkan hentakan yang dipercayai dilakukan bapanya sendiri.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di rumah mereka di di Kampung Sungai Dua, Bachok yang disedari sekitar jam 11.30 pagi semalam. Hasil bedah siasat yang dimaklumkan awal pagi tadi mendapati punca kematian bayi berkenaan disebabkan kecederaan di kepala disebabkan hentakan.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai Datuk Seri didakwa terlibat Macau Scam yang berjaya melarikan diri daripada tahanan melalui pautan di bawah. 

Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis

Jalan Tutup Lori Kemalangan, ‘Abang Polis’ Jadi Penyelamat Hantar Pemuda Ini Ambil Peperiksaan

Menyamar Jadi Pegawai Kastam, Pegawai Polis Ini Layan Sampai ‘Scammer’ Putus Asa Buat Netizen Terhibur

Sumber