Tular beberapa hari lalu di media sosial apabila terdapat sebuah video memaparkan seorang lelaki memberi vape kepada seorang bayi perempuan untuk dihisap sambil ketawa kecil selain turut kedengaran suara wanita seolah terhibur dengan tindakan lelaki terbabit.

Tindakan yang berlaku sekaligus mengundang pelbagai komen daripada para netizen yang mengecam tindakan yang mampu membahayakan nyawa bayi perempuan tersebut.

Terbaharu, Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia 23 tahun di mana beliau bakal direman selama lima hari bermula hari ini.

Dilaporkan semalam Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan suspek ditahan polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 12.45 tengah hari. Laporan kejadian pula telah diterima pihak polis seawal Sabtu lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sebelum ini, suspek turut memuat naik sebuah kenyataan di Insta Story dengan memaklumkan vape tersebut sudah tidak berfungsi manakala bayi perempuan tersebut sering kali bermain dengan vape tersebut.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu melibatkan bayi perempuan berusia 6 bulan yang menghisap vape ini dengan klik pautan di bawah.

Selamba Beri Vape Pada Bayi Dan Rakam, Tindakan Individu Ini Undang Kemarahan Netizen

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV Guna Lorong Kecemasan

Sumber