Tular di media sosial tentang seorang lelaki yang mengamuk kerana tayar keretanya dikunci kerana kesalahan meletakkan kenderaan di petak parkir OKU.

Insiden berkenaan menjadi lebih buruk apabila lelaki berkenaan didakwa memukul pengawal keselamatan yang bertugas dengan kayu golf sehingga kayu golf berkenaan patah dua dan menyebabkan kecederaan kepada pengawal tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ramai netizen yang mengecam perbuatan lelaki tersebut yang sememangnya bersalah dalam kejadian tersebut. Menurut laporan Harian Metro, insiden tersebut telah pun dilaporkan kepada pihak polis dan suspek sudah pun ditahan malam semalam.

Netizen di Malaysia merupakan antara yang cekap dalam ‘membuat siasatan’. Mereka sudah pun menemui pelbagai kesalahan lampau suspek termasuklah sebuah gambar seorang lelaki yang mirip suspek sedang cuba mencuri sebuah motosikal Y15ZR.

Suspek juga menerima nasib yang sama dengan pemilik Honda Jazz yang viral awal bulan ini apabila dijadikan bahan ‘meme’ oleh laman Facebook Malaysian Modders.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, siasatan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau membabitkan dadah mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan perintah tahanan reman akan dipohon,” terang beliau kepada Harian Metro.

Buat anda yang terlepas kes pemandu Honda Jazz langgar lari kereta milik pemandu negara, anda boleh bacanya di bawah.

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Tular Langgar Kereta, ‘Meme’ Pemandu Honda Jazz Hiburkan Netizen