Suspek rompakan, Arthur Booth dibawa ke mahkamah untuk diadili selepas dia ditangkap di jalanan selepas beberapa insiden dengan pihak polis.

BeFunky-collage-2
HYPE
Gaya Hidup Sudah Berubah, Ini Antara Perkara Yang Anda Akan Rindu Ketika PKP
Baca lagi →

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama dia melakukan jenayah apabila hakim menyatakan:

“Hi Mr. Booth. You’re back. This time you’ll be charged for burglary.”

Kemudian Hakim Mindy Glazer bertanya kepada suspek rompakan sama ada dia pernah bersekolah di Nautilus Middle School.

Booth tersenyum apabila dia mengenali hakim itu yang merupakan bekas rakan sekelasnya dulu. Dia menyebut “Oh my goodness, oh my goodness,” berulang kali.

“I’m sorry to see you here,”…”I always wondered what happened to you.” kata Glazer.

Dua saat selepas itu, Booth mula menangis apabila Glazer mengimbau kembali zaman sekolah mereka. Booth sedar bahawa pertemuan semula mereka berdua itu berlaku di Mahkamah Miami-Dade Circuit dalam keadaan yang janggal.

Booth menangis dan meraup wajahnya sambil berulang kali menyebut “Oh my goodness, oh my goodness,” tanpa henti apabila Glazer menceritakan tentang Booth sewaktu di sekolah dulu.

“He was the nicest kid in middle school; he was the best kid in middle school,”…”I used to play football with him, all the kids, and look what has happened.”

Glazer masih ingat Booth seorang budak yang baik di sekolah dan mereka pernah bermain bola sepak bersama. Dia tidak menyangka bertemu semula Booth dalam keadaan seperti ini.

“What’s sad is how old we’ve become. Good luck to you, sir, I hope you are able to come out of this OK and just lead a lawful life.”

Glazer berharap rakannya itu berubah dan hidup berlandaskan undang-undang. Dari raut wajah Glazer jelas kelihatan dia yakin Booth mampu melakukannya.

Booth menangis dan berasa malu dengan bekas rakan sekelasnya itu.

Glazer menetapkan Booth perlu membayar bon berjumlah $43,000.

https://www.youtube.com/watch?v=I5CMh8SMjOw

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka