Sempena ulang tahun ke-135 Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) memperkenalkan susu sejat pekat dalam dua bentuk baharu, Squeeze Tube dan Milk Stick. Terdapat 3 jenis perisa yang akan diperkenalkan iaitu perisa asli susu sejat, strawberry dan coklat.

Reka bentuk baharu pembungkusan produk ini pastinya memudahkan peminat produk susu sejat untuk menikmatinya dimana sahaja. Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif, F&N akan terus komited menjalankan penyelidikan dan pembangunan demi memastikan produk keluaran syarikat itu bersesuaian dengan gaya hidup masa kini sekaligus memberi pilihan yang lebih sihat kepada pengguna.

thesatr
sumber: the star

Sempena meraikan ulang tahun syarikat itu juga, F&N juga mengadakan fiesta 5 hari bermula daripada 5 hingga 9 Disember di IOI City Mall, Putrajaya.