Suunto merupakan salah satu jenama yang dipercayai dalam menawarkan jam pintar yang tahan lasak. Menerusi akaun media sosial rasmi Suunto, mereka sudah mengacah kehadiran Suunto Vertical yang bakal tiba pada 9 Jun ini di Malaysia.

Semakan awal menerusi laman web rasmi Suunto Malaysia telah memperlihatkan harga jualan rasmi yang terdiri dengan beberapa pilihan harga bergantung pada jenis binaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Suunto Malaysia

Sebagai perbandingan, Suunto Vertical dengan binaan stainless steel dijual pada harga RM2,799 tetapi binaan titanium solar berharga RM3,799. Ketahui serba sedikit spesifikasi jam pintar keluaran Suunto terbaharu ini.

Suunto Vertical

Sumber Gambar: Suunto Malaysia

Suunto Vertical ini diperkenalkan sebagai jam tangan tahan lasak yang sesuai dengan aktiviti outdoor. Skrin adalah sebesar 1.4-inci yang bukan sahaja menggunakan kaca Sappire dengan sokongan kalis calar. Malahan, ia dilengkapi kerangka gentian kaca bersama bezel keluli tahan karat.

Jam ini dilengkapi pelbagai sensor kesihatan dan kecergasan terbina. Hal ini penting bagi membolehkan jam itu menjejak pelbagai data kesihatan harian seperti kadar degupan jantung, jumlah kalori dibakar, kualiti tidur, tahap tekanan dan 95 mod sukan.

Sumber Gambar: Suunto Malaysia

Menariknya, bateri yang disertakan boleh digunakan sehingga dua bulan dalam mod jam pintar di samping boleh dipakai untuk sesi berenang. Selain itu, terdapat ciri peta yang boleh digunakan tanpa internet serta mempunyai teknologi GPS yang jitu untuk tujuan penjejakan.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Suunto Vertical yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Pasti ramai yang berminat untuk mengetahui promosi yang mungkin ditawarkan bersempena pengenalannya nanti.

Sumber