Pada bulan Ogos lalu, jenama Suzuki telah ‘dilahirkan semula’ dan kini diambil alih oleh Suzuki Malaysia Sdn Bhd, satu-satunya pengimport, pengedar dan pemasang eksklusif untuk motosikal Suzuki, ATV, alat ganti dan aksesori. Suzuki Malaysia kembali dengan menawarkan 6 model motosikal terbaharu jenama tersebut.

Baru-baru ini Suzuki Malaysia membuat kejutan apabila memperkenalkan model motosikal sport yang diminati ramai sekitar lewat tahun 90an lalu, Suzuki Hayabusa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model Hayabusa serba baharu ini merupakan generasi ketiga yang telah mengalami perubahan penuh buat kali pertama dalam tempoh 13 tahun. Suzuki menggunakan konsep produk “Ultimate Sport” yang diwarisi dari model generasi pertama.

Sumber Gambar: Suzuki Global
Sumber Gambar: Suzuki Global
Sumber Gambar: Suzuki Global

Model generasi ketiga ini dikuasakan dengan enjin naturally aspirated inline-four displacing 1,340 cc. Suzuki mendakwa maksimum kuasa output mencecah 187hp pada 9,700rpm dan maksimum tork 150Nm pada 7,000rpm.

Antara ciri-ciri lain yang ada pada motosikal ini di mana sistem brek menggunakan Brembo, dengan kaliper Stylema berkembar pada roda hadapan manakala suspension dengan fork terbalik KYB di bahagian hadapan dan semi-elektronik monoshock di bahagian belakang.

Suzuki Hayabusa 2021 turut dilengkapi dengan Suzuki Intelligent Ride Systems (SIRS) yang membantu penunggang memilih corak pra-tetapan untuk 5 sistem kawalan elektronik berbeza yang terdiri daripada Power Mode Selector, Anti-lift Control System, Bi-directional Quick Shift System, Engine Brake Control System dan Motion Track Traction Control System.

Sumber Gambar: Suzuki Global
Sumber Gambar: Suzuki Global

Bagi peminat model Suzuki Hayabusa 2021 ini, anda bolehlah pergi ke pusat pameran dan jualan Suzuki Malaysia nanti untuk melihat sendiri model ini dengan lebih dekat lagi.

Harga yang dicadangkan runcit tanpa cukai jalan, insurans atau pendaftaran sekitar RM112,000 sahaja. Ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna, Glass Sparkle Black/Candy Burnt Gold, Metallic Matte Sword Silver/Candy Daring Red and Pearl Brilliant White/Metallic Matte Stellar Blue. Setiap pembelian turut hadir dengan dengan waranti kilang penuh selama 2 tahun atau 20,000 km.

Setelah ‘menghilangkan diri’ dari pasaran Malaysia dalam tempoh yang agak lama, pada awal tahun ini Naza Eastern Motors Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar dan penyedia perkhidmatan selepas jualan bagi jenama Suzuki. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Suzuki Kembali Ke Pasaran Malaysia, Lantik Naza Eastern Sebagai Pengedar

Suzuki Jimny Kembali Dengan Kolaborasi Bersama AAPE

Suzuki Umum Generasi Terbaru ‘Katana’ Bakal Masuk Pasaran Malaysia

Sumber