Bersempena dengan keluaran semula model Suzuki Jimny yang pernah menjadi kegilaan peminat off-road SUV semenjak 1970, Suzuki Hong Kong mengadakan kolaborasi khas dengan AAPE by A Bathing Ape. Menariknya, keluaran Jimny edisi kolaborasi ini masih mengekalkan reka bentuk asal Jimny tetapi diberi kemasan penuh dengan corak ikonik AAPE.

Jimny generasi ke-4 ini dihiasi dengan Logo Moon Face pada bonet dan bahagian sisi kereta yang disertai dengan tulisan “SOMEWHEREIN THE AAPE UNIVERSE”. Pada bahagian bumbung pula dihiasi dengan logo AAPE bersaiz besar. Hiasan dalaman hadir dengan tema warna hitam yang memberi kesan eksklusif pada keseluruhan ruang termasuklah tempat duduk dan dashboard.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
JimnyxAAPE
sumber: hypebeast
aape
Sumber: Kix Files

Print

Setiap pembelian model edisi khas ini akan disertakan dengan cenderahati dan aksesori khas iaitu T-Shirt dan tuala yang disertakan dengan logo kolaborasi yang sepadan. Suzuki Jimny edisi khas ini kini sedang dipamerkan dalam satu acara pengenalan khas di Hong Kong.