Satu ketika dulu, model Suzuki Swift menjadi pilihan kebanyakkan orang Malaysia. Tidak lama selepas itu, Suzuki bersetuju untuk meninggalkan pasaran tempatan setelah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Proton sehingga terhasilnya Proton Ertiga, iaitu MPV rebadge dari Suzuki Ertiga.

Terbaru, Suzuki bakal kembali memasuki pasaran Malaysia apabila Naza Eastern Motors Sdn Bhd telah dilantik sebagai pengedar dan penyedia perkhidmatan selepas jualan bagi jenama tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
vocket-suzuki-masuk-pasaran-malaysia-semula-6
Sumber Gambar: The Edge Markets

Menurut Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corp Holdings Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin, Naza Eastern Motors komited untuk menyediakan produk berkualiti yang boleh dipercayai, menjadi idaman dan menyenangkan mengikut prestasi kukuh Suzuki.

“Ini adalah satu penghormatan buat kami untuk bekerja dengan gergasi automotif Jepun yang memikat hati pengguna rakyat Malaysia sepanjang bertahun-tahun di pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan bersama, baru-baru ini.

vocket-suzuki-masuk-pasaran-malaysia-semula-7
Sumber Gambar: Top Gear

Sementara itu, Pegawai Pengurusan Kanan dan Pengurus Besar Eksekutif Pemasaran Automobil Global Suzuki Motor Corp, Kinji Saito berkata pembuat kereta itu teruja untuk kembali ke pasaran Malaysia dengan Naza Group.

“Pengalaman kami dengan pasaran Malaysia adalah menyenangkan berikutan penerimaan yang meluas daripada pelanggan.

“Kami berhasrat memperkenalkan kereta kami yang memenangi anugerah terkini kepada peminat setia Suzuki,” kata Kinji Saito.

vocket-suzuki-masuk-pasaran-malaysia-semula-1
Sumber Gambar: Suzuki
vocket-suzuki-masuk-pasaran-malaysia-semula-3
Sumber Gambar: Suzuki

Terdapat sumber menyatakan Suzuki dijangka memulakan pengenalan semula di Malaysia dengan melancarkan dua model ‘high-end’ sekitar bulan ini iaitu Suzuki Swift Sport dan juga Suzuki Jimny.

Pusat pameran, perkhidmatan dan alat ganti (3S) Suzuki yang berkeluasan 3,000 kaki persegi akan dibuka di Naza Automall, Petaling Jaya bagi memudahkan orang ramai berurusan.

Baca lagi artikel-artikel yang menjadi pilihan pembaca sepanjang minggu lalu melalui pautan di bawah.

HMAV 4×4 Pertama Buatan Tempatan Kini Dikenali Sebagai ‘Tarantula’

Kedah Tandatangani Perjanjian Usaha Sama Litar Bertaraf Antarabangsa Di Bukit Malut