Selepas mengeluarkan beberapa video teaser di YouTube, Suzuki akhirnya mendedahkan sepenuhnya model terbaru Katana 2019 pada semua. Lebih menarik lagi, pengenalan motorsikal terbaru ini telah dibuat di Pameran Motosikal Antarabangsa (Intermot), yang merupakan tempat pertama motosikal Katana diperkenalkan pada 1980 di Pameran Motor Cologne.

Melihat pada video yang dikongsikan, rekaan motosikal masih menerapkan rekaan GSX1100S (1981). Daripada rekabentuk lampu utama berpetak, Katana baharu tampil dengan lebih menarik dengan rekaan badan yang lebih moden. Ia juga dilihat lebih kompak berbanding generasi terdahulu dengan saiz badan lebih pendek dan besar di bahagian depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Suzuki Malaysia turut mengumumkan akan membawa masuk Katana ke pasaran negara ini. Pengumuman ini menerusi di laman media sosial mereka iaitu Facebook. Tiada harga rasmi untuk model ini ketika ini dan pastinya peminat Katana sudah tidak sabar menantikan model ini tiba di Malaysia.

suzuki katana 2019 (2)

suzuki katana 2019 (1)

9tro-suzuki-katana-3