Sempena ulang tahun ke-90 tahun Mickey Mouse, jenama jam terkenal Swatch baru-baru ini telah bekerjasama dengan artis dari British Damien Hirst untuk menghasilkan dua buah jam tangan edisi terhad untuk menghormati watak Disney yang popular ini.

Pertama ialah jam ‘Mirror Spot Mickey’ yang memaparkan kotak edisi khas, tali jam tangan merah dan kuning disertakan dengan tandatangan Damien Hirst di bahagian dalam. Jam tangan ini dihasilkan sebanyak 19, 999 utas sahaja dan ditawarkan di kedai cawangan Swatch Jerman sahaja.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Selain itu, kerjasama dua jenama ini turut memperkenalkan model jam tangan ‘Spot Mickey’ yang hadir dengan gambungan beberapa warna. Model ini mula ditawarkan secara atas talian dilaman Swatch dalam jangka masa 24jam sahaja. Difahamkan model cuma 1,999 unit Swatch edisi Mickey Mouse bakal ditawarkan.

Swatch_Mirror-Spot-Mickey_Mood_Print

Swatch_Spot-Mickey_GZ323S_Mood_Print

Anda Mungkin Suka