Buat masa ini populasi Sweden mengitar semula botol dan tin sebanyak 1.5 billion setahun. Ia satu jumlah yang besar bagi 9.6 juta populasinya (2013).

Kesemua bahan kitar semula itu menghasilkan tenaga buat penggunaan rakyat Sweden apabila mereka tahu bagaimana mengubah gas tercemar menjadi biofuel.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Kini, Sweden komited dengan program “waste-to-energy” (WTE) dan mempunyai 32 kilang reconversion yang akan menukarkan sampah menjadi tenaga sehingga mereka.

Maka, rakyat dididik untuk menapis sampah terlebih dahulu sebelum ia dibungkus dan dibuang bagi memudahkan semua sampah yang boleh dikitar semula diambil dan dikumpul bagi menjayakan program WTE.

Contoh diagram program waste-to-energy

Contoh diagram program waste-to-energy

Kemudian, sampah-sarap dibakar di kilang sehingga menghasilkan gas stim yang akan digunakan untuk mengerakkan turbin generator bagi menghasilkan elektrik.

Hasil akhir dipindahkan ke transmission lines dan rangkaian kabel elektrik bagi menghantar bekalan elektrik kepada pengguna. Kaedah WTE ini juga membantu Sweden mengurangkan toksin dalam tanah.

Tak cukup dengan sampah rakyat sendiri, Sweden perlu mengimport sampah-sarap dari UK, Itali, Norway dan Ireland untuk meneruskan WTE yang sekaligus akan beri kesan pada kelangsungan hidup rakyat Sweden.

Anda Mungkin Suka