Di kala negara lain sedang sibuk berperang dengan kenaikan kes COVID-19, Sweden telah bertindak mengumumkan bahawa negaranya bebas dari ancaman pandemik. Pengumuman ini bakal menamatkan pelbagai jenis sekatan yang dilakukan sebelum ini serta memberhentikan ujian COVID-19 berskala besar, walaupun di kalangan rakyatnya ada yang menunjukkan gejala jangkitan.

Khemah besar yang terdapat di seluruh pusat bandar, tempat yang menyediakan ujian COVID-19 secara pandu lalu serta perkhidmatan kit ujian yang dihantar ke rumah kini diberhentikan serta merta selepas pengumuman terbabit. Kerajaan Sweden juga tidak lagi menyediakan data penting untuk mengesan penyebaran COVID-19. Sweden juga tidak lagi menyekat orang ramai untuk berkumpul di sesuatu acara atau di restoran dan sijil vaksin tidak lagi diperlukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Langkah ini sememangnya pelik dan drastik. Ia juga meletakkan Sweden bertentangan dengan kebanyakan negara Eropah yang lain.

Difahamkan bahawa Sweden bertindak mengumumkan negaranya bebas dari COVID-19 adalah kerana ujian yang mahal telah menghasilkan faedah yang sedikit dengan kemunculan varian baharu, omicron. Kerajaan Sweden juga mahu merawat COVID-19 seperti penyakit endemik yang lain.

“Kami telah mencapai tahap di mana kos dan kit ujian tidak lagi boleh dibenarkan,” kata ketua Agensi Kesihatan Awam Sweden Karin Tegmark Wisell kepada penyiar nasional SVT minggu ini. “Jika kami melakukan ujian meluas yang disesuaikan untuk semua orang yang mempunyai COVID-19, itu bermakna setengah bilion setiap minggu (kira-kira AS$55 juta),” tambah Tegmark Wisell.

Pada 2021, Stockholm sahaja membelanjakan lebih daripada $320 juta untuk ujian PCR, wang yang dikatakan kerajaan boleh dibelanjakan dengan lebih baik di tempat lain.

Mulai bulan lalu, kerajaan Sweden sudah menetapkan hanya petugas kesihatan, warga emas dan mereka yang paling rentan akan mendapat ujian PCR percuma jika menunjukkan gejala. Manakala yang lain hanya akan diminta tinggal di rumah jika mereka menunjukkan gejala COVID-19. Manakala kit ujian antigen boleh dibeli di pasar raya dan farmasi, tetapi keputusannya tidak lagi dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan.

Hospital swasta masih dibenarkan untuk melakukan ujian dan menawarkan hasil ujian COVID-19 untuk perjalanan antarabangsa, tetapi biaya ujian itu tidak akan dibayar oleh kerajaan atau insurans kesihatan.

Dijangkiti wabak semasa hamil, ibu di Singapura lahirkan bayi dengan antibodi COVID-19. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Dijangkiti Wabak Semasa Hamil, Ibu Di Singapura Lahirkan Bayi Dengan Antibodi COVID-19

6 Tempat Berisiko Tinggi Sebar COVID-19

Impak Pandemik COVID-19 Ke Atas Kesan Pulau Haba Bandar Kuala Lumpur