Sekiranya sebelum ini jumlah pengikut yang ramai sudah boleh dikategorikan sebagai social media influencer atau artis, Taylor Swift kini sudah ke peringkat seterusnya dengan pengeluaran aplikasi media sosial beliau sendiri.

Aplikasi yang dinamakan sebagai ‘The Swift Life’ ini bakal membolehkan peminat untuk mengikuti kehidupan seharian Taylor Swift sepanjang bergelar artis. Selain itu, para pengguna berpeluang mendapatkan barangan eksklusif yang ditawarkan khas buat peminat Taylor Swift sahaja.

Tindakan yang dibuat oleh Taylor Swift ini boleh dikatakan cukup berani memandangkan jumlah tontonan dan jumlah muat turun bakal menjadi bahan ukur populariti beliau. Memandangkan beliau adalah Taylor Swift dan mempunyai jumlah peminat yang ramai, keputusan yang dibuat ini boleh dikatakan agak sesuai buat beliau.

https://www.youtube.com/watch?v=f24IrRsf-lQ

Kami harap apa yang dibuat Taylor Swift ini tidak menjadi trend kerana perkara ini sekaligus mendesak pengguna untuk memuatturun aplikasi yang lebih banyak bergantung kepada jumlah artis yang disukai. Cukuplah sekadar Snapchat dan Instagram bagi memaparkan kehidupan seharian seorang artis.

Aplikasi The Swift Life ini bakal mula ditawarkan buat pengguna Android dan iOS pada akhir tahun ini. Adakah anda salah seorang yang bakal memuat turun aplikasi ini?

Sumber