Sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah individu untuk membeli barangan keperluan mahupun keinginan secara ansuran. Pemilihan untuk membuat secara ansuran ini secara tidak langsung membolehkan orang ramai mendapatkan barangan yang mahu dibeli dengan jumlah bayaran yang lebih rendah setiap bulan berbanding bayaran penuh dalam satu transaksi.

Melihat kepada trend semasa orang ramai yang berminat untuk mendapatkan barangan daripada Apple, pengedar rasmi Apple iaitu Switch tampil dengan sebuah program terbaru membolehkan para pengguna mendapatkan aksesori Apple di bawah harga RM2,000 secara ansuran tanpa faedah sehingga tiga bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
05MAY_SPLIT-07-543×1024-1
Sumber: Switch

Program ini turut membolehkan mereka yang tidak mempunyai kad kredit mendapat ansuran mudah dalam mendapatkan barangan yang dihajati seperti tali jam Apple Watch atau casing buat iPhone dan iPad.

Untuk pengetahuan program ini mulai diperkenalkan membolehkan pengguna mendapatkan segala barangan Apple di bawah tanda harga RM2,000. Walau bagaimanapun, program ini telah dihadkan kepada aksesori Apple yang tersedia di Switch setakat ini.

Apple iPhone 12 dilaporkan mungkin tidak lagi didatangkan dengan Apple EarPods. Turut dikongsikan, Abang Pablo Escobar telah mendakwa beliau hampir ‘dibunuh’ oleh iPhone sekaligus memilih untuk saman Apple.

Apple iPhone 12 Mungkin Tidak Lagi Didatangkan Dengan EarPods

Dakwa Hampir ‘Dibunuh’ Oleh iPhone, Abang Pablo Escobar Saman Apple RM11.33 Bilion