Mulai dilancarkan pada September 2018, iPhone XR dilihat masih releven untuk digunakan sehingga kini. Menawarkan skrin 6.1-inci LCD, kamera dengan potrait mode, warna yang pelbagai serta harga yang mampu milik membuatkan model ini menjadi rebutan ramai sejak mula dilancarkan.

Terbaharu, pengedar rasmi Apple di Malaysia iaitu Switch hadir dengan promosi masa terhad dengan menawarkan iPhone XR dengan harga serendah RM2,699 sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

99123325_10159773942178146_7075008341465890816_o

Untuk pengetahuan, model ini mulai ditawarkan dengan harga RM3,599 pada awal pelancaran sekaligus memberikan penjimatan sebanyak 900 buat mereka yang sudah lama ingin memilikinya. Promosi yang ditawarkan ini dilihat sangat berbaloi yang mahukan iPhone dengan saiz skrin yang besar tanpa perlu berbelanja besar.

Setakat artikel ditulis, iPhone XR 64GB sudah habis dijual pada laman web mereka. Walau bagaimanapun, anda boleh ke cawangan Switch berdekatan anda untuk mendapatkan model dengan harga promosi berbaloi ini.

Berdasarkan ura-ura, iPhone 12 Pro dijangka bakal mula ditawarkan dengan harga sekitar RM4,899. Turut dikongsikan, senarai iPhone yang bakal menyokong iOS 14.

Harga Apple iPhone 12 Pro Dijangka Bermula Daripada RM4,899

Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Menyokong Apple iOS 14