Banyak pihak yang sedia menawarkan pelan ansuran untuk membeli gajet lebih-lebih lagi seperti iPhone. Switch selaku antara pengedar rasmi Apple kini dilihat turut serta mahu menyediakan pelan bayaran ansuran buat pelanggan yang berminat.

Menerusi perkongsian di Facebook mereka, Switch mengatakan bakal menyediakan pelan ansuran menerusi kad debit sehingga mencecah tempoh 48 bulan lamanya. Bagaimanapun, penawaran ini hanya terhad untuk warganegara dan tinggal di Semenanjung Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket

Antara peranti yang boleh dibeli secara ansuran termasuklah iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch. Dokumen yang diperlukan adalah slip gaji sebulan dan IC atau IC, SSM dan penyata bank terkini selama enam bulan untuk yang berkerja sendiri.

Menerusi program ansuran terbaharu ini, anda bakal dikenakan caj interest sebanyak 1% untuk setiap bulan. Anda boleh memohon untuk program ansuran Switch menerusi pautan di sini dan boleh mengetahui keputusan permohonan dalam tempoh 48 jam selepas dihantar.

Sumber