Switch selaku pengedar produk Apple di Malaysia pada minggu ini telah memperkenalkan sebuah program baharu yang dinamakan sebagai iPhone For Everyone.

Menerusi program ini, para pembeli berpeluang mendapatkan model iPhone terpilih secara ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan. Antara model yang tersedia untuk program ini adalah iPhone 7, iPhone 7 Plus dan iPhone SE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kehadiran program ini sudah pastinya memudahkan orang ramai untuk memiliki sebuah iPhone dengan harga ansuran yang rendah setiap bulan. Sebagai contoh, iPhone 7 128GB sedia ditawarkan dengan ansuran selama 36 bulan dengan jumlah pembayaran serendah RM58 sebulan. iPhone SE yang baru sahaja dilancarkan juga turut ditawarkan pada program ini dengan bayaran RM78 sebulan.

Buat para pengguna yang tidak mahu membayar ansuran dalam tempoh yang panjang, program ini turut ditawarkan dengan tempoh 24 bulan. Sememangya sebuah program yang menarik khusus buat mereka yang mahu memiliki iPhone namun tidak mahu berbelanja besar secara sekali gus. Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut menerusi program daripada Switch ini.

Ketahui juga rekaan dan spesifikasi iPhone 12 Pro yang bakal dilancarkan pada akhir tahun ini.

Hampir Pasti, Inilah Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan iPhone 12 Pro

Kreatif Dan Unik, Rumah Lama Ini Jadi ‘Mahal’ Selepas Berpagarkan iPhone