Jika anda sedang bercadang untuk mendapatkan model flagship iPhone serta menantikan harganya menurun, inilah masanya. Ya, model yang kami maksudkan adalah iPhone 11 Pro dan Pro Max yang diperkenalkan Apple pada September lalu.

Melalui promosi terbaru daripada Switch, pengguna boleh mendapatkan Apple iPhone 11 Pro 64 GB dengan harga serendah RM4,399. Begitu juga dengan model iPhone 11 Pro Max yang ditawarkan dengan harga diskaun sehingga RM500.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
iPhone 11 Pro
Sumber: Switch
iPhone 11 Pro Max 64GB
Sumber: Switch

Untuk pengetahuan anda, promosi yang dijalankan pada masa terhad ini hanya boleh didapati di Switch dan cuma ditawarkan buat model iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max sahaja. Pembelian model ini di pengedar rasmi Apple selain Switch masih lagi ditawarkan pada harga asal setakat ini.

Setakat artikel ditulis, kami dapati model-model yang ditawarkan dengan harga promosi ini masih sedia untuk didapatkan. Buat anda yang mahu upgrade iPhone anda, mungkin ini masa terbaik sebelum promosi daripada Switch ini tamat.

Sebelum ini pihak Machines telah menawarkan promosi iPhone XR dengan harga serendah RM1,799 sahaja. Turut dikongsikan, rekaan iPhone 12 yang sekali lagi tertiris.

Machines Tawarkan Promosi iPhone XR Dengan Harga Serendah RM1,799

Rekaan Apple iPhone 12 Sekali Lagi Tertiris