Jika anda terfikir untuk berpindah kerana kos sara hidup yang semakin meningkat, Switzerland mungkin akan menjadi destinasi terbaharu anda. Ini kerana salah satu pekan kecil di Switzerland mahu membayar anda sebanyak £50K (RM240,000) hanya untuk berpindah ke sana.

Perkampungan Albinen sememangnya menakjubkan, tetapi malangnya, peluang pekerjaan di kawasan itu sedikit dan jauh. Disebabkan itu ia mengalami penurunan populasi yang sangat drastik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, jika anda bekerja dari rumah dan merancang untuk melakukannya dalam jangka masa yang panjang, jadi ia bukanlah satu masalah. Malah jika anda bawa kesemua ahli keluarga berpindah, anda akan diberi ganjaran wang tunai tambahan.

Keluarga dengan empat orang ditawarkan £22,000 (RM105,000) bagi setiap orang dewasa untuk berpindah ke sana dan £9,000 (RM44,000) bagi setiap kanak-kanak.

Bagaimanapun, ada sedikit syarat yang anda perlu patuhi.

Keluarga anda perlu berumur di bawah 45 tahun, menjadi warganegara Switzerland atau mempunyai kediaman permit C.

Yang terakhir ini memerlukan anda lima tahun untuk mendapatkannya jika anda adalah ahli EU, tetapi berita buruk bagi mereka yang berada di luar kesatuan itu, ia mengambil masa sehingga 10 tahun untuk mendapatkan permit tersebut.

Anda perlu berpindah ke rumah dengan nilai minimum sekurang-kurangnya £179,260 – walaupun kami yakin wang yang ditawarkan untuk berpindah akan membantu meringankan kewangan anda.

Rumah ini akan menjadi milik anda sekiranya anda komited untuk tinggal di pekan ini selama sekurang-kurangnya 10 tahun. Sekiranya anda berpindah ke kawasan lain sebelum tempoh ini tamat, anda perlu membayar balik wang tersebut.