Setiap pemimpin negara pastinya ada cara mereka tersendiri untuk mengatasi isu lambakan pengemis di kawasan bandar. Untuk tujuan itu, menghantar pengemis ke luar negara juga salah satu cara untuk mengatasi masalah ini.

Sebenarnya, tindakan menghantar pengemis ke luar negara sudahpun dilaksanakan oleh pihak imegresen Basel di Switzerland. Ini bertujuan untuk melihat bandar tersebut ‘bersih’ daripada golongan pengemis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Uniknya, mereka tidak menghalau pengemis keluar dari bandar tersebut secara paksa. Sebaliknya pengemis ditawarkan satu pakej pembelian tiket kereta api yang membenarkan mereka memilih untuk ke mana-mana destinasi yang ada di negara-negara Eropah, tetapi sebagai pertukarannya, pengemis berkenaan dilarang untuk kembali ke Switzerland untuk tempoh yang tertentu, lapor Le News.

Menariknya, harga tiket kereta api tersebut ditawarkan serendah CHF 20 (RM90) dan untuk mendapatkannya, pengemis perlu menandatangani satu kontrak perjanjian bersama kerajaan Switzerland.

Ini sebagai bukti bahawa pengemis telah berjanji supaya tidak kembali ke negara itu untuk jangka waktu tertentu. Difahamkan, pengemis yang melanggar syarat-syarat dalam kontrak tersebut akan segera ‘ditendang’ keluar dari Switzerland.

Setakat ini, seramai 31 orang pengemis telah menerima tawaran ini dan ia melibatkan seramai 14 orang ke Romania, 7 orang ke Belgium, 7 orang ke Jerman, 2 orang ke Itali dan seorang ke Perancis.

Untuk rekod, pada 2014, Switzerland pernah dianggap negara yang tidak ‘berhati perut’ selepas nekad mengenakan denda sebanyak CHF 500 (RM2250) kepada seorang wanita yang mengemis di jalanan. Setelah dikecam, Switzerland anggap cara yang terbaharu ini lebih adil untuk menghukum pengemis di negara itu.

Baca lagi kisah Makcik Maznah yang terpaksa meminta sedekah setelah suaminya dberhentikan kerja menerusi pautan di bawah.

Terima Sumbangan RM70,000 Dalam Masa Sehari Kerana Viral, Cikgu Ini Kongsi Kisah Sebenar ‘Makcik Maznah’

Polis Lahad Datu Tahan 9 Pengemis Untuk Siasatan, Bakal Berdepan Hukuman Denda RM10,000

Usahawan Saran Jangan Bagi Duit Selepas Pengemis Tolak Tawaran Pekerjaannya

Sumber