Ramai juga di kalangan kita yang sering berfikir nak travel mesti ada duit. Hakikatnya jika pandai cari peluang, tak ada duit pun masih boleh travel asalkan rajin dan sanggup.

Minggu ini Vocket Travel ingin berkongsi dengan anda pengalaman seorang anak muda Malaysia yang pernah bekerja sambil travel di New Zealand.

Ikuti temubual saya bersama Syafiq di bawah.

Vocket: Hi Syafiq. Boleh berikan sedikit latar belakang? Nama, pekerjaan dan pendidikan?

Syafiq: Nama saya Muhd Syafiq Bin Idris berumur 27 tahun berasal dari Banting, Selangor. Sejak di peringkat Universiti dahulu, saya memang minat untuk mengembara.

Saya merupakan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional jurusan Ijazah Kepujian Kejuruteraan Sivil. Saya tamat pelajaran pada tahun awal tahun 2012.

Sekarang saya bekerja dengan sebuah syarikat gas dan minyak di Kaherah, Mesir.

working-holiday-di-new-zealand-3

Weekend di Tekapo bersama rakan sekerja dari Jerman dan France

working-holiday-di-new-zealand-10

Vocket: Saya di fahamkan Syafiq pernah bekerja sebagai pemetik buah. Boleh kongsikan di negara mana dan buah apa yang di petik?

Syafiq: Terdapat sedikit kesilapan di sini kerana saya tidak bekerja sebagai pemetik buah akan tetapi saya bekerja sebagai Storeperson di New Zealand.

Job scope saya adalah secara ringkasnya, pemunggah barang di dalam kontena dari jam 6.30 pagi hingga 5 petang.

Kerja ini dikategorikan sebagai kerja berat dan menggunakan fizikal. Setiap hari kami mengangkat beratus-ratus kotak seberat 5Kg-40KG,

Vocket: Berapa lama buat kerja ni?

Syafiq: Saya bekerja sebagai storeperson di sebuah gudang di Rolleston, kira-kira 30 minit dari Bandar Christchurch.

Saya mula bekerja pada bulan Jun 2012 sehingga hujung bulan Oktober 2012. Nama syarikat tersebut adalah “The Warehouse”. Kalau di Malaysia, The Warehouse ni umpama Giant dan Tesco.

working-holiday-di-new-zealand-2

Gudang tempat saya bekerja

working-holiday-di-new-zealand-6

Warga Lincoln ketika First snow fall pada winter 2012.

Vocket: Bagaimana Syafiq dapat lakukan kerja ni? Adakah melalui holiday visa? Jika ye boleh terangkan bagaimana untuk memohon holiday visa bagi warganegara Malaysia?

Syafiq: Mungkin ramai yang tidak tahu, setiap tahun (January) rakyat Malaysia berumur bawah 30 tahun adalah layak untuk memohon Visa “Working Holiday” di New Zealand.

Apakah itu Working Holiday Visa? Ia merupakan Visa yang membenarkan kita untuk melakukan apa-apa seasonal work (kerja-kerja bermusim) di New Zealand seperti memetik buah, pruning, mengembala kambing, operator di kilang susu dan lain-lain pekerjaan yang berkonsepkan “Seasonal Work”.

Tempoh sah Visa ini adalah selama 6 bulan, setelah tamat tempoh 6 bulan pemegang visa ini layak untuk memohon extension selama 3 bulan dengan syarat Working holiday maker tersebut pernah melakukan seasonal work selama 6 bulan dengan 2 syarikat berasingan.

Bermakna usia satu pekerjaan mestilah mencapai 3 bulan, kemudian beralih ke pekerjaan seasonal yang lain selama 3 bulan.

Visa ini hanya terhad kepada 1,250 rakyat Malaysia sahaja setahun. Permohonan dibuka pada bulan January setiap tahun. Permohonan boleh dilakukan secara online di website imigresen New Zealand di www.immigration.govt.nz.

Bayaran yang dikenakan adalah sekitar 160NZD-190NZD

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon Visa ini :

To be eligible you must:
• Be a citizen of Malaysia and have a passport from Malaysia that is valid for at least three months after your planned departure from New Zealand
• Be at least 18 and not more than 30 years old
• Not bring children with you
• Hold a return ticket or sufficient funds to purchase such a ticket*
• Have a minimum of NZ$2,250 available funds to meet your living costs while you are here
• Meet our health and character requirements
• Be coming to New Zealand to holiday, with work or study being secondary intentions for your visit, and
• Not have been approved a visa under a working holiday scheme before.

working-holiday-di-new-zealand-4

Sambutan hari raya aidilftri bersama penduduk Malaysia di Lincoln.

working-holiday-di-new-zealand-5

Rumah milik Abang Ferus, juga tempat saya menumpang selama berada di New Zealand.

Vocket: Bagaimana pula untuk dapatkan kerja di sana? Adakah melalui ejen atau buat kajian sendiri atau melalui rakan?

Syafiq: Saya mendapat kerja di New Zealand dengan sendiri. Banyak website yang mengiklankan jawatan-jawatan kosong di NZ. Tidak sukar untuk mendapatkan pekerjaan di New Zealand asalkan tidak memilih kerja.

Rata-rata Working Holiday maker yang datang ke New Zealand terdiri dari negara-negara seperti Brazil, Chile, Germany, France, Peru, Argentina, Taiwan, Malaysia dan UK.

Antara website yang banyak membantu dalam mencari pekerjaan adalah BackpackerBoard.co.nz  dan Trademe.co.nz.

Majoriti Working Holiday Maker adalah backpackers dari seluruh dunia. Untuk penginapan, saya bersama dua orang rakan menyewa sebuah bilik di Lincoln, tinggal bersama keluarga Encik Ferus Syah dan isterinya yang ketika itu belajar di Lincoln University.

Keluarga inilah yang sangat banyak membantu saya dan kawan-kawan sepanjang berada di New Zealand.

Vocket: Berapa anggaran gaji yang Syafiq perolehi?

Syafiq: Gaji yang diperolehi adalah sekitar 14.50 – 15.00 NZD sejam. Waktu bekerja sehari 8 jam hingga 10 jam.

Vocket: Ada pesanan atau tips penting yang ingin disampaikan kepada mereka yang berminat nak lakukan kerja macam ni?

Syafiq: Working Holiday di New Zealand adalah bagi orang-orang yang survival dan sihat secara fizikal dan mentally prepare untuk buang sikap ketuanan.

Secara jujur saya sangat gembira bekerja di New Zealand walaupun hanya sebagai kuli, tetapi suasana bekerja yang sangat friendly, penuh dengan gelak tawa dan perbualan dari rakan-rakan sekerja yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Kerja-kerja bermusim dikategorikan sebagai kerja berat, banyak menggunakan fizikal. Setiap hari saya mengangkat beratus-ratus kotak seberat 15KG-40KG.

Pernah beberapa kali saya mengosongkan kontena 40 kaki dipenuhi peti ais besar.

working-holiday-di-new-zealand-8

Sewaktu road trip ke Oamaru & Timaru

working-holiday-di-new-zealand-1

Farewell party bersama rakan sekerja

Vocket: Ada peristiwa kelakar sepanjang bekerja sebagai pemetik buah?

Syafiq: Terlalu banyak peristiwa kelakar dan kenangan indah sepanjang bekerja di New Zealand.

Antara yang kelakar tetapi sangat bermakna bagi saya apabila rakan sekerja tempatan berbangsa Maori yang cuba berpuasa bersama saya dan rakan-rakan lain beragama Islam pada bulan Ramadhan.

Beliau sangat hairan bagaimana kami, umat islam mampu tidak makan dan minum sepanjang hari walaupun melakukan kerja-kerja berat. Beliau hanya mampu berpuasa setengah hari sahaja.

Bekerja di NZ adalah pengalaman yang tidak akan saya lupakan, its the best thing I have ever done. Setiap minggu saya dan rakan-rakan akan pergi travel ke pelbagai tempat di sekitar Pulau Selatan New Zealand.

Tidak lupa juga, saya sering mengembara bersama kawan-kawan dari Chile, Germany dan France.

Vocket: Ada peristiwa ngeri atau menakutkan yang terjadi sepanjang bekerja di sana?

Syafiq: Tiada

working-holiday-di-new-zealand-9

Vocket: Bagaimana pula dari segi pengalaman rakan-rakan lain yang bekerja sebagai pemetik buah? Ada tak antara mereka yang bekerja secara tidak sah (illegal) dan apakah yang terpaksa mereka lalui (jika ada)

Syafiq: Tiada yang bekerja secara tidak sah kerana sebelum bekerja kita peru mendaftar sebagai pembayar cukai.

Ramai kes pekerja haram sekiranya ditangkap mereka akan di hantar pulang dan disenarai hitam untuk memasuki New Zealand dan Australia.

Baca lagi: Pernah Tinggal Di New Zealand, Lelaki Ini Menjumpai Satu Tip Untuk Tampil Ceria Di Tempat Kerja

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤