Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Nama ‘Syahmi Sazli’ bukanlah asing di dalam industri hiburan tanah air, beliau merupakan antara tulang belakang utama yang mencipta nama bersama pasukannya melalui beberapa siri video YouTube seperti ‘Baso Jate Pilih Rupo’, ‘Drama Spontan‘ dan sebuah filem pecah panggung ‘Mael Totey The Movie‘.

Baru-baru ini beliau meluahkan rasa sedih melalui hantaran Instagram @syahmisazli apabila terpaksa melepaskan dua buah kenderaan kesayangannya, sebuah Toyota Alphard dan Honda Jazz kepada pemilik baharu.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →

Menerusi komen-komen yang dikongsikan warganet, mereka menyatakan Honda Jazz berwarna kuning hitam itu paling banyak memberikan kenangan sentimental-value kepada Anissa Faizul, isteri kepada Syahmi.

Bagaimanapun, orang ramai memberikan kata-kata semangat dan mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu kerana berjaya memiliki sebuah Mercedes-Benz G350D pada awal bulan ini.

Dalam satu hantaran Instagram Anissa, dahulu Syahmi pernah menolak untuk memiliki kereta SUV yang bernilai RM1 juta (untuk model baharu) itu. Bagaimanapun, setelah test-drive untuk kali pertama, Syahmi berubah fikiran untuk membelinya sebagai satu hadiah untuk diri mereka setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia perniagaan.

@syahmi_sazli

Alhamdulillah..

♬ original sound – Syahmi Sazli – Syahmi Sazli

Syahmi turut berkongsi sedikit rupa baharu selepas melakukan modifikasi terhadap SUV mewah  itu dengan mengubah roda, gril dan lampu hadapannya menerusi satu video TikTok. Rata-rata ramai warganet memuji jentera baharu beliau yang nampak segak ala-ala ‘Mafia’.

Untuk makluman, Syahmi Sazli membina pengaruh kira-kira 5 tahun di YouTube yang kini sudah mencecah 2.72 juta pengikut sebelum meluncurkan filem pertamanya, ‘Mael Totey The Movie‘.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Orang ramai memuji Syahmi kerana menghadiahkan motosikal kepada Yoe dan Bedol atas kejayaan filem pecah panggung mereka. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Netizen Tumpang Gembira Lihat Syahmi Sazli Hadiahkan Yamaha Y15ZR Buat Yoe Dan Bedol

11 Perkara Usahawan Boleh Pelajari Daripada Kejayaan Mael Totey The Movie

Mengaku Tonton Mael Totey Secara ‘Haram’, Penonton Ini Minta Maaf Pada Syahmi Sazli