Beberapa minggu lepas Vocket telah berkongsi kisah seorang gadis dari USA yang menjana pendapatan melalui AirBnB sambil mengembara.

Baca: Rahsia Bagaimana Gadis Ini Travel Sambil Jana Pendapatan Melalui AirBnB

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hakikatnya kisah seperti ini tidak hanya berlaku di luar negara, tetapi juga di Malaysia. Mungkin kisah lelaki ini sedikit berbeza tapi beliau juga seorang yang suka mengembara, menjana pendapatan melalui AirBnB, dan merupakan seorang ahli sukan payung terjun berlesen (skydiver).

Ikuti temuramah saya bersama Syahnaz Akhtar Mat Ali serta kisah menarik beliau semenjak terlibat dan menjana pendapatan melalui AirBnB.

bisnes-air-bnb-9

Vocket: Hi Syahnaz. Boleh berikan sedikit info latar belakang seperti nama, umur, status perkahwinan, pendidikan dan kerjaya / perniagaan?

Syahnaz: Nama saya Syahnaz Akhtar Mat Ali, telah berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. Seorang graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan tidak pernah terfikir pun untuk dapat peluang ke luar negara.

Saya memulakan kerjaya sebagai seorang Jurutera Sistem di salah sebuah syarikat Teknologi Maklumat (IT) di Kuala Lumpur. Banyak syarikat IT pada waktu itu tumbuh seperti cendawan tetapi tidak dapat bertahan lama termasuklah syarikat di mana saya bekerja.

Pekerja syarikat diberhentikan beramai-ramai setahun kemudian kerana faktor kewangan sebelum ia ditutup.

bisnes-air-bnb-8

Arbat Street, Moscow, 2009

Vocket: Sejak bila Syahnaz mula minat travel? Adakah kerana keluarga juga suka travel atau kerana faktor lain?

Syahnaz: Saya mula meminati aktiviti travel di usia yang agak lewat juga, hanya setelah memasuki alam pekerjaan. Mungkin ketika di universiti dulu, saya kurang pendedahan bagaimana untuk travel dengan bajet yang rendah.

Pada zaman itu Facebook, Twitter dan Instagram pun belum lagi wujud. Ketika itu juga, konsep penerbangan tambang murah di Malaysia belum lagi diperkenalkan.

Kalau sudah ada AirAsia pun, belum tentu saya mampu ‘berfikir panjang’ untuk beli tiket penerbangan dan pergi mengembara kerana tiadanya pengalaman.

Setelah diberhentikan kerja, saya telah mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Penyelidik (kontrak) di Tourism Malaysia dan ditempatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Ketika bekerja di sanalah saya dan beberapa orang rakan mendapat peluang untuk pergi bercuti ke Phuket kerana dijemput oleh Pengarah Tourism Malaysia di sana.

Itulah juga pengalaman pertama saya menaiki pesawat dari Hat Yai ke Phuket dengan perasaan yang penuh keterujaan. Sejak dari itu, saya mula menanam minat untuk menjadikan aktiviti travel sebagai salah satu minat saya.

bisnes-air-bnb-19

Vocket: Adakah travel adalah hobi Syahnaz? Masih ingat trip pertama ke mana?

Syahnaz: Setelah ditawarkan memasuki perkhidmatan awam, saya banyak melihat peluang yang boleh digunakan untuk travel dengan kos yang rendah. Salah satunya ialah melalui kursus yang dipohon/ditawarkan oleh majikan ataupun pihak luar.

Setelah trip pertama ke Phuket, pengalaman kedua yang paling tidak dapat dilupakan ialah travel ke Jepun selama hampir sebulan di bawah tajaan pihak JICA (Japan International Cooperation Agency).

Saya amat bersyukur kerana ketika penempatan saya di Kementerian Luar Negeri, saya diberi peluang untuk berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia selama dua tahun setengah. Sewaktu di sanalah saya berkesempatan untuk travel bersama keluarga ke beberapa negara Eropah.

Saya turut berpeluang mengiringi Duta Besar Malaysia ke bekas negara Soviet iaitu Belarus dan Armenia atas urusan rasmi. Setakat ini saya telah berjaya sampai ke 20 buah negara dan berazam untuk pergi ke lebih banyak tempat dengan izin Allah.

bisnes-air-bnb-11

My first ever experience, to jump from the height of 4000m and fly like a bird!!

Located about 100 km from Moscow. At this dropzone, the aircrafts can do up to 100 loads a day and as much as 2000 jumps are performed every day.

Vocket: Selain daripada mengembara, Vocket difahamkan Syahnaz juga meminati sukan skydiving. Sejak bila terlibat dalam sukan ini dan apakah yang mendorong anda?

Syahnaz: Saya terlibat dalam sukan skydiving secara tidak sengaja sebenarnya. Ketika tahun terakhir berada di Rusia, saya dimaklumkan adanya tempat untuk aktiviti skydiving di bandar Kolomna yang letaknya hampir 2 jam memandu dari Moscow.

Setelah mencuba tandem skydiving, saya menjadi sangat teruja dan tidak lama kemudian mengambil keputusan untuk ke sana lagi bagi mengikuti kursus Accelerated Free Fall (AFF) pula.

Saya diberi latihan sehingga mahir untuk terjun secara solo dan seterusnya berpeluang mendapatkan lesen A. Lesen ini membolehkan seseorang skydiver melakukan terjunan di mana-mana dropzone di seluruh dunia.

Setelah pulang ke Malaysia, saya nekad untuk meneruskan aktiviti skydiving bagi mendapatkan lesen tersebut.

bisnes-air-bnb-2

Mission accomplished! Finally, I managed to earn my A license from APF without any problem. Thank you to Amar Aziz for all arrangement made from day 1 until day 4 at Moruya DZ. It was really awesome!

Kapten Amar Aziz lah yang banyak membantu saya mencapainya dengan berkongsi maklumat sehingga saya berpeluang pula travel ke Sydney dan meneruskan terjunan di dropzone Moruya (4 jam memandu dari Sydney). Kini saya adalah pemegang Lesen A daripada Australian Parachute Federation (APF).

Apa yang mendorong saya untuk terus melakukan aktiviti skydiving ini ialah keseronokan melihat serta menikmati keindahan alam ciptaanNya dari sudut yang berbeza ketika melakukan freefall dan sewaktu mengendali parachute ke kawasan pendaratan.

bisnes-air-bnb-16

Vocket: Dengarnya Syahnaz juga ada menjalankan perniagaan di Airbnb? Boleh kongsikan sedikit tentang ini? Sejak bila mula terlibat dengan Airbnb dan mengapa?

Syahnaz: Saya mula menyertai Airbnb pada November 2010 sebagai tetamu (syarikat Airbnb bermula pada tahun 2008). Kali pertama saya membuat tempahan adalah ketika travel ke Istanbul, Athens dan Venice pada Januari 2011.

Sebelum itu saya ada juga gunakan platform tempahan yang lain seperti Hotels.com dan Booking.com. Walau bagaimanapun, kesemua 7 lokasi penginapan melalui tempahan AirBnB memberikan pengalaman yang sangat menarik kepada saya dan keluarga.

Lebih-lebih lagi apabila dapat mengenali hampir kesemua hos di setiap negara yang dikunjungi. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, saya terus mengambil keputusan untuk menjadi hos yang menguruskan rumah tamu saya sendiri.

bisnes-air-bnb-14

Menjalankan perniagaan B&B merupakan serampang banyak mata kerana hos dapat:

i. Menawarkan khidmat ‘airport transfer’ kepada tetamu
ii. Menyediakan pakej lawatan ke tempat tarikan pelancong
iii. Menyediakan perkhidmatan membersihkan apartment, (sekiranya tinggal lebih daripada seminggu)
iv. Menawarkan kereta sewa pandu sendiri kepada tetamu (sekiranya ada kereta lebih atau kereta sewa)
v. Mewujudkan rangkaian perniagaan dengan tetamu
vi. Mengenali sesebuah negara dengan lebih dekat melalui tetamu dari negara tersebut
vii. Membina perhubungan serta berkongsi pengalaman / cerita menarik
dan banyak lagi.

Gambar di atas adalah tetamu saya yang merupakan pasangan dari Hawaii.

Vocket: Berapa buah rumah yang disewakan di AirBnB?

Syahnaz: Saya hanya bermula dengan sebuah unit ‘service apartment’ dan akhirnya bertambah hingga menjadi 7 unit kesemuanya kerana permintaan yang amat menggalakkan daripada para tetamu. Kebanyakan unit apartment disewa daripada tuan rumah dan dijadikan rumah tamu yang disewakan pula secara ‘short term’.

Vocket: Di mana lokasi rumah tersebut

Syahnaz: Kebanyakannya adalah di sekitar kawasan menara berkembar KLCC dan ada juga di luar Kuala Lumpur.

Vocket: Siapakah sasaran pelanggan Syahnaz dan anggaran sewa yang dikenakan

Syahnaz: Kebanyakan tetamu saya yang membuat tempahan melalui Airbnb datang daripada pelbagai latarbelakang. Ada di antaranya berjawatan CEO, diplomat, perunding (consultant), eksekutif, wartawan, doktor pakar, blogger dan juga pelajar.

Kadar sewa adalah bergantung kepada keluasan dan kemudahan yang disediakan oleh hos (kebiasaannya unit penginapan AirBnB adalah fully furnished).

Kebanyakan unit-unit saya adalah unit studio tanpa bilik (saiz kurang daripada 600 kaki persegi) dan kadar sewa dalam lingkungan RM200 – RM240 untuk satu malam.

bisnes-air-bnb-1

“There are too many investors who travel to a foreign country, are met by a limousine at the airport, travel to a luxury international hotel, have all of their meetings in that hotel as well as all of their meals at the nicest restaurants and then never get to experience the reality of the local country”

Kenyataan di atas dibuat oleh salah seorang tetamu Airbnb saya dalam sebuah majalah bisnes on-line Australia pada tahun 2013 yang saya pernah ceritakan kisahnya pada tahun lepas.

Beliau adalah seorang Chief Investment Officer (CIO) merangkap Fund Manager yang menguruskan dana sebanyak USD500 juta di bawah firmanya sendiri.

Ramai di antara kita yang mungkin menganggap golongan seperti ini hanya akan memilih gaya hidup yang setaraf dengan kedudukan mereka. Tetapi tidak bagi beliau..

Sewaktu tinggal di Yogyakarta beliau hanya menyewa di hotel murah serendah USD10 satu malam. Beliau datang ke KL pada tahun yang sama dan menginap di rumah tamu saya selama 2 bulan. Kalau tak jadi hos rumah tamu, mana mungkin saya dapat berjumpa individu seperti beliau.

“A humble man will always receive the best that others have to offer; for he recognizes the truth”- Jeremy Aldana

Vocket: Jika tak keberatan boleh kongsikan beberapa strategi yang Syahnaz lakukan untuk mencapai sasaran pelanggan dan mendapatkan rating / feedback yang baik?

Syahnaz:  Berikut adalah sedikit tips daripada saya:

  1. Beri perkhidmatan yang mengkagumkan – perkhidmatan yang terbaik boleh membuatkan tetamu rasa gembira dan dihargai, manakala perkhidmatan yang mengkagumkan atau di luar kebiasaan boleh membuatkan tetamu ingat kepada kita sampai bila-bila.
  2. Letakkan diri kita di tempat tetamu dan kita akan rasa bagaimana perasaan mereka apabila dilayan dengan baik di negara asing yang mungkin kali pertama mereka sampai.
  3. Berikan kepada tetamu sebanyak mungkin tips berguna dan maklumat tentang tempat-tempat yang boleh mereka lawati.
  4. Menemani tetamu ke lokasi yang ingin mereka lawati sekiranya berkelapangan.
  5. Tawarkan kepada tetamu pakej lawatan tertentu dan kenakan caj yang minimum. Mereka akan gembira membayarnya!
  6. Hanya dengan melakukan sedikit ‘extra effort’, sudah pasti tetamu akan memberikan review atau maklumbalas yang positif, beserta rating yang tinggi.
  7. Kebanyakan tetamu baru akan melakukan tempahan tanpa banyak soal apabila membaca banyak review positif yang telah ditinggalkan oleh tetamu lepas.

bisnes-air-bnb-3

Jangan bimbang walaupun anda masih tidak mempunyai sebarang ‘review‘ daripada tetamu ketika baru bermula sebagai hos. Anda masih boleh gunakan fungsi ‘reference‘ dalam Airbnb dengan membuat ‘request‘ daripada rakan-rakan FB yang anda kenali.

Rujukan daripada rakan dan saudara mara juga mampu menarik tetamu untuk membuat tempahan tinggal di rumah tamu anda. Setiap ‘review‘ hanya bermula apabila ada tetamu yang pertama meninggalkan ‘review’ mereka terhadap mutu perkhidmatan anda

bisnes-air-bnb-6

Kadar sewa rumah tamu

Sekiranya anda baru bermula sebagai hos, pastikan kadar sewa rumah tamu anda lebih murah daripada hos yang lain (yang berada di kawasan/bangunan yang sama).

Setelah mendapat beberapa review positif daripada tetamu, barulah naikkan kadar sewa tersebut mengikut kadar yang diletakkan oleh hos yang lain.

Tetamu akan berasa lebih yakin untuk membuat tempahan dengan anda sekiranya review yang diberikan oleh tetamu terdahulu adalah baik.

Tip: untuk membina kredibiliti sebagai seorang hos, jangan terlalu berkira dengan kos yang perlu anda ‘korbankan’ di peringkat permulaan dalam memulakan bisnes ini.

Vocket: Di sepanjang terlibat dengan AirBnB, apakah perkara paling manis bagi Syahnaz?

Syahnaz: Perkara paling manis ialah apabila terdapat tetamu yang pernah menginap di rumah tamu saya datang semula untuk kali yang seterusnya kerana mereka gembira dengan penginapan terdahulu.

Hasil pengalaman bersama Airbnb juga telah menjadikan saya seorang penulis buku. Saya juga pernah dijemput untuk berkongsi pengalaman di beberapa sesi seminar yang dianjurkan oleh pihak seperti Abang Ensem dalam ‘roadshow’ seminar hartanah beliau.

bisnes-air-bnb-5

Tahun 2014 berakhir dengan kedatangan beberapa orang kenalan yang dahulunya hanyalah sebagai tetamu. Seorang daripada mereka datang daripada Sarawak bersama keluarga untuk bercuti dan menyelesaikan beberapa urusan penting di Kuala Lumpur.

Seorang lagi pula yang pernah datang bersama kawan karibnya, pada kali ini telah membawa dua anak beliau serta seorang lagi rakan ke Taman Negara (turut terperangkap dalam banjir sebelum diselamatkan) sebelum datang menginap di rumah tamu saya buat kali yang kedua.

Satu perasaan selesa akan muncul apabila ‘orang asing’ yang dahulunya tidak kita kenali bertandang kembali dan kadangkala dapat mewujudkan hubungan persahabatan yang mesra.

“Hospitality means primarily the creation of free space where the stranger can enter and become a friend instead of an enemy. Hospitality is not to change people, but to offer them space where change can take place”-Henry J.M Nouwen

Vocket: Bagaimana pula dari segi kesukaran dan cabaran? Apakah yang paling sukar yang pernah lalui?

Syahnaz: Cabaran yang pernah dilalui setakat ini tidaklah begitu besar, iaitu ketika tetamu yang dijangka sampai tidak kunjung tiba dan tidak dapat dihubungi. Keesokan harinya, barulah tetamu tersebut memaklumkan bahawa pasangannya telah keracunan makanan dan trip mereka terpaksa dibatalkan.

Cabaran lain pula ialah ketika tetamu telah ‘check in’, tiba-tiba berlaku masalah paip bocor. Nasib baiklah ada rumah tamu yang masih kosong, lalu saya pindahkan mereka ke unit tersebut.

bisnes-air-bnb-4

Ini adalah antara rutin saya sebelum tetamu seterusnya ‘check in’. Tidaklah sesukar mana sekiranya ia dilakukan secara santai tanpa tergesa-gesa.

Seperti biasa, tetamu yang ‘check-out’ sebelum ini telah meninggalkan unit dalam keadaan yang sangat bersih. Hanya perlu ‘vakum’ sedikit dan bersihkan bilik air sahaja sebelum menukar cadar dan tuala.

InsyaaAllah, amat mudah sebenarnya menjemput rezeki melalui bisnes ini.

Vocket: Ada pernah lalui peristiwa lucu disepanjang terlibat dengan AirBnB (dari segi memberikan sewa)?

Syahnaz: Tiada

Vocket: Apakah kesan atau perubahan pada diri Syahnaz selepas terlibat dalam penyewaan di AirBnB?

Syahnaz: Sepanjang menjadi hos kepada lebih 300 orang tetamu, saya berjaya berubah menjadi seorang yang lebih terbuka dan peramah (dulu saya seorang yang pendiam). Saya juga dapat belajar daripada tetamu tentang budaya dan pengalaman hidup mereka.

bisnes-air-bnb-12

Vocket: Ada pesanan atau tips yang ingin dikongsikan kepada pembaca Vocket yang berminat untuk terlibat dalam perniagaan seperti ini yang mungkin boleh membantu menampung kos travel mereka?

Syahnaz: Apa yang penting ialah kesungguhan dan minat dalam melakukan sesuatu perkara termasuklah menjadi hos rumah tamu. Tidak perlu membeli rumah pun sebenarnya untuk bermula.

Jangan fikirkan keuntungan semata-mata kerana melalui perkenalan dan dengan membantu ramai orang, ia akan membuka lebih banyak pintu rezeki dan peluang.

Kos travel mungkin dapat dijimatkan apabila kita ‘bertandang’ ke negara di mana tetamu kita tinggal. Manalah tahu, ditawarkan penginapan murah atau percuma nanti.

Perniagaan rumah tamu juga boleh dikembangkan kepada cabang perniagaan yang lain. Cuba fikirkan peluang-peluang yang boleh diwujudkan melalui perniagaan ini, memang banyak sebenarnya (antara larat dengan tak larat nak buat saja).

Hasil keuntungan daripada perniagaan tersebut, bolehlah buat belanja untuk menampung kos travel.

bisnes-air-bnb-7

Saya pernah terbaca, jika kita sentiasa mencari jalan untuk selesaikan masalah dan menambah nilai hidup orang lain, kita akan lebih kaya serta berjaya dalam hidup dan InsyaAllah, mendapat ganjaran di akhirat.

Saya percaya, bisnes B&B juga dapat dikategorikan sebagai salah satu cabang dalam menyelesaikan masalah orang lain jika kita bersungguh-sungguh dan ikhlas melakukannya.

Vocket: Ada info tambahan yang ingin Syahnaz dikongsikan?

Syahnaz: Sebagai seorang penggemar sukan skydiving, saya berharap satu hari nanti sukan ini akan turut dijadikan sebagai salah satu aktiviti pelancongan di negara kita ini.

Cuba lihat saja di Dubai, mereka berjaya menarik para pelancong tertutamanya dari kalangan skydivers dengan adanya Skydive Dubai di 2 lokasi ‘dropzone’ yang strategik iaitu di kawasan The Palm Jumeirah dan Desert Campus.

bisnes-air-bnb-17

Kepada Syahnaz, terima kasih kerana sudi ditemubual dan berkongsi dengan kami di Vocket tentang potensi menjana pendapatan melalui AirBnB. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat maju jaya untuk perjuangan Syahnaz dan rakan-rakan dalam memajukan sukan skydiving di negara ini.

Baca lagi: Bagaimana Airbnb Menjalankan Bisnes Di Cuba, Negara Tunai Dan Tanpa Akses Internet?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram