Nampaknya satu lagi kejayaan anak Malaysia telah diiktiraf di peringkat dunia. Sabtu lepas syarikat Safe Tree Sdn. Bhd, pembangun animasi Pocotee & Friends telah memenangi  Nobel Laureates Series: Brand Excellence Award bertempat di Hong Kong AsiaWorld-Expo.

pocotee & Friends

Pocotee & Friends juga merupakan kartun animasi pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah ini. Syarikat ini sebelum ini pernah menghasilkan banyak watak karikatur terkenal antaranya ialah Jackie Chan untuk kolaborasi filem Police Story 2013 dan juga ulang tahun beliau ke 60 serta barangan cenderahati untuk filem komedi 12 Golden Duck.

Pocotee

“Dengan menangi anugerah ini telah memberikan kami semangat yang baharu untuk memasuki pasaran China seterusnya kawasan negara lain”, kata pengasas Safe Tree Sdn. Bhd, Ang Beng Leong.

Tahniah buat Safe Tree Sdn.Bhd dengan kejayaan ini bukan sahaja menaikkan nama Malaysia dan syarikat ini tetapi untuk syarikat animasi yang berada di Malaysia untuk mencuba cabaraan ini.

IMG_3141 new 3

IMG_3296 new 2

IMG_3337 new 4

IMG_3338

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group