Sebut mengenai PLUS Malaysia pasti ramai yang cukup tahu dimana syarikat ini merupakan operator lebuh raya terbesar di negara kita.

Terbaharu, difahamkan sebuah syarikat konsortium swasta antarabangsa iaitu RRJ Capital berminat untuk mendapatkan PLUS Malaysia secara penuh dengan nilai RM3 bilion ($716 juta) menurut laporan daripada Reuters.

Berdasarkan perjanjian yang diusulkan kepada Khazanah Nasional, RRJ Capital sedia menawarkan harga 20% lebih rendah sekiranya berjaya mendapatkan PLUS Malaysia. Syarikat ini juga dikatakan sudah bersedia untuk mendapatkan PLUS Malaysia dalam masa terdekat ini.

Plus Malaysia Bhd Lane Widening
Sumber: themalaysianreserve

Untuk pengetahuan, RRJ Capital merupakan sebuah syarikat konsortium yang diasaskan oleh Rakyat Malaysia dan berpengkalan di Hong Kong dan Singapura. Berdasarkan rekod, syarikat ini sudah berjaya mengaut keuntungan yang tinggi berdasarkan jumlah pelaburan yang tinggi dibuat seluruh dunia.

Pembelian PLUS Malaysia ini sekaligus bakal mengurangkan beban negara dalam membayar RM2.7 bilion setiap tahun bermula 2020 sehingga 2025 seperti yang dijanjikan.

MRT-Corp-SSP-Line-November-PLUS-Highway-1
Sumber: Mymrt

Setakat ini, pemilik terbesar PLUS Malaysia adalah UEM Group yang merupakan syarikat dibawah Khazanah Nasional manakala selebihnya daripada EPF. Khazanah Nasional dilaporkan telah memberi kata putus mengenai penjualan PLUS Malaysia kepada RRJ Capital. Semuanya bergantung kepada pihak kerajaan untuk mengesahkan penjualan ini atau sebaliknya.

Kami kongsikan kepada anda beberapa lagi artikel berkaitan PLUS Malaysia. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

PLUS Bakal Hadir Dengan Kapsul Tidur Di R&R Mulai Tahun Depan

Visa Bekerjasama Dengan PLUS Bagi Memudahkan Pembayaran Tol

Lebuhraya Persisiran Pantai Barat Dari Persimpangan Kampung Lekir Ke Beruas Mula Dibuka