Menpad selaku syarikat pengeluar komponen LCD bagi telefon pintar baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah undang-undang terbaru yang membolehkan mereka mendenda mana-mana pekerja yang membeli dan menggunakan Apple iPhone.

Keputusan ini dibuat sebagai langkah balas dendam terhadap Amerika Syarikat yang menghalang kemasukan komponen ZTE di negara tersebut. Selain itu, ganjaran turut diberikan kepada pekerja yang pekerja yang berjaya menjual produk keluaran Huawei dan ZTE di Amerika Syarikat sebagai langkah untuk menembusi pasaran negara tersebut secara senyap.

Sumber: Yahoo

Berdasarkan undang-undang yang dikeluarkan, sekiranya para pekerja di syarikat Menpad berdegil menggunakan iPhone, mereka perlu membayar denda dengan harga iPhone yang mereka beli. Akan tetapi, sekiranya para pekerja membeli telefon pintar Huawei dan ZTE, Menpad akan membayar pekerjanya 15% nilai telefon pintar yang dibeli. Malah, segala pembelian peralatan pejabat, komputer dan kereta keluaran Amerika Syarikat juga akan dihentikan.

Difahamkan sekatan yang dibuat Amerika Syarikat terhadap ZTE adalah disebabkan pengenalan beberapa tarif keĀ atas China dan syarikat dari negara tersebut. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini CFO Huawei ditahan di Kanada minggu lalu kerana beliau dituduh terlibat dalam penjualan teknologi ke Iran yang disekat oleh PBB.

CFO Huawei
CFO Huawei, Meng Wanzhou

Melihat kepada langkah yang dibuat jelas sekali apa yang dibuat agak terlalu agresif. Sebelum ini, Huawei pernah melakukan gaya pemasaran yang sedikit berbeza apabila mengedar powerbank sewaktu penjualan hari pertama Apple iPhone XS.