Sejak wabak COVID-19 melanda dunia, dapat dilihat sejumlah negara berusaha keras dalam menghasilkan vaksin. Penghasilan vaksin yang berkesan serta muncul sebagai syarikat terawal memperkenalkannya sekaligus turut membolehkan negara tersebut menerima sejumlah besar tempahan dari negara luar.

Terbaharu, setelah lama dinantikan pengguna seluruh dunia, Pfizer selaku syarikat dari Amerika Syarikat mengumumkan kehadiran vaksin yang dibangunkan bersama BioNTech.

https___s3-ap-northeast-1.amazonaws.com_psh-ex-ftnikkei-3937bb4_images_8_1_4_2_30522418-3-eng-GB_Cropped-1604925973RTX86207

Berdasarkan ujian klinikal fasa ketiga yang dibuat melibatkan 43,000 peserta, dilaporkan vaksin keluaran Pfizer ini mampu menghalang jangkitan COVID-19 sehingga 90%.

Meskipun vaksin ini masih belum mampu menghalang jangkitan wabak secara 100%, penghasilan vaksin ini dilaporkan mempunyai keputusan yang terbaik setakat ini kerana tidak menunjukkan sebarang kesan negatif pada penerima.

Dalam perkembangan lain, saham syarikat Zoom, Netflix, Amazon dan juga harga emas dilaporkan turun mendadak sebaik sahaja pengumuman vaksin Pfizer dibuat.

Tular pada minggu ini apabila KJ kongsi gelagat netizen Facebook yang tidak percaya dengan keberkesanan vaksin serta mahu para menteri dicucuk dahulu.

‘Tidak Mahu Dan Sila Cucuk Menteri Dahulu’- KJ Kongsi Gelagat Netizen Facebook Tidak Percaya Vaksin

Vaksin COVID-19 Yang Ditawarkan Kepada Malaysia Berharga RM87.60 Sebotol

Anda Mungkin Suka