Avillion Port Dickson merupakan penginapan premium dan mewah yang menjadi pilihan ramai orang untuk menginap apabila berkunjung ke Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terbaharu, difahamkan bahawa Avillion Bhd telah menerima surat tawaran pembelian resortnya dengan harga RM382 juta. Syarikat dari China itu iaitu Guangxi East Hangyang ingin membeli sekurang-kurangnya 6 plot tanah Avillion Port Dickson.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Photo 12-05-2013 06 20 20 PM
Sumber: Agoda

Menurut The Edge, Avillion Port Dickson bernilai sekurang-kurangnya RM151.11 juta. Malah, lembaga pengarah Avillion akan mempertimbangkan tawaran tersebut dan membuat pengumuman selanjutnya mengenai perkara itu.

Tawaran yang diberikan oleh syarikat tersebut kepada Avillion Bhd sah 30 hari dari tarikh tawaran surat tersebut dikeluarkan. Pihak lembaga pengarah Avillion juga tidak dapat mengulas lebih lanjut tentang hal pelaburan tersebut sehingga telah capai kata sepakat.

Avillion Port Dickson memang terkenal dengan penginapan atas air yang romantik. Apa kata baca artikel berkiatan penginapan yang romantik pada pautan di bawah ini.

9 Resort Atas Air Dengan Suasana Romantis Untuk Bulan Madu Di Malaysia

12 Villa Di Malaysia Dengan Kolam Renang Persendirian Ideal Untuk Percutian Romantis

Sumber