Universal Robina Corporation (URC), sebuah syarikat makanan dan minuman terbesar di Filipina akan membeli Munchy Food Industries pada harga RM1.92 bilion secara bebas tunai dan bebas hutang.

Memetik laporan The Edge Markets, pembelian tersebut untuk bagi meningkatkan perniagaan sedia ada di Malaysia serta meningkatkan lagi kehadirannya di seluruh rantau ASEAN, di samping meningkatkan keuntungan secara keseluruhan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

URC melalui anak syarikatnya URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd (URC MY) telah memeterai perjanjian pada Khamis, 25 November untuk memperoleh 100% kepentingan ekuiti dalam Crunchy Foods Sdn Bhd (CFSB) yang memiliki sepenuhnya Munchy Food Industries Sdn Bhd (MFI) dan anak syarikatnya Munchworld Marketing Sdn Bhd (MWM) daripada firma ekuiti persendirian, Crunchy Ltd.

Menurut URC, Crunchy Ltd ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan yang dikawal secara langsung dan tidak langsung dengan dana yang diuruskan oleh CVC Capital Partners.

URC menyatakan bahawa harga jualan sesaham adalah kira-kira RM2.81 dan dijangka tiada pelaburan perbelanjaan modal (capital expenditure/capex) akan dibuat sehingga pemulihan daripada COVID-19 dapat dinilaikan.

Di samping itu, pihak URC menerangkan pemilikan tersebut akan membolehkan kumpulan itu menjadi peneraju pasaran di Malaysia dalam segmen biskut dan snek yang selaras dengan tujuan keseluruhan URC.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy, Rodney Wong berkongsi perasaan teruja untuk menjadi sebahagian daripada URC. Ini kerana Munchy bakal mempunyai akses kepada kepakaran penyelidikan dan pembangunan dalam pelbagai kategori, serta meningkatkan pengetahuan pasaran, laluan ke pasaran dan keupayaan pembuatan di negara luar Malaysia, lapor Free Malaysia Today.

Media Prima Bhd telah mengumumkan keuntungan yang diperolehi bagi tempoh sembilan bulan berakhir baru-baru ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Media Prima Catat Keuntungan Selepas Cukai Sebanyak RM23.4 Juta

MR DIY Lebarkan Sayap Ke Pasaran Eropah, Cawangan Pertama Di Istanbul Kini Dibuka