Seperti yang mungkin ramai daripada anda tahu, Huawei baru-baru ini disekat dan disenarai hitam syarikat mereka daripada memasuki Amerika Syarikat. Langkah yang dibuat ini turut membuatkan Huawei hilang akses kepada Google, Intel dan Broadcom sekaligus membuatkan pengeluaran model terbaru Huawei terbantut.

Menurut The Verge, langkah yang dilakukan Donald Trump ini telah menunjukkan kesan buat Huawei apabila mereka terpaksa mengarahkan syarikat yang menghasilkan model keluaran mereka untuk menghentikan seketika pengeluaran beberapa model terpilih.

foxconnwi_01
Sumber: The Milwaukee Independent

Walaubagaimanapun, Huawei melalui laporan terbaru yang dikeluarkan menafikan dakwaan ini sebaliknya mengatakan pengeluaran model telefon pintar mereka berjalan seperti biasa di Foxconn tanpa sebarang masalah.

HUAWEI
Sumber: Android Police

Melihat kepada usaha yang dilukakan Huawei, masih ramai yang optimis ini masih mampu bangkit semula namun sistem operasi ARK OS mereka pastinya memerlukan beberapa tahun serta sokongan daripada jenama dan syarikat lain untuk kembali mendapat hati pengguna.

Sumber