Pasti anda sudah terbiasa mengalami situasi rakan sekerja keluar pada waktu bekerja semata-mata untuk merokok. Mungkin pernah terdetik dalam hati betapa tidak adilnya perbuatan mereka itu yang bagaikan curi tulang di tengah kesibukan waktu bekerja semata-mata untuk merokok sedangkan pekerja lain bertungkus-lumus bekerja.

Sebuah syarikat di Jepun telah mengambil langkah yang adil dan bijak dengan memberikan cuti 6 hari kepada pekerja yang tidak merokok sebagai ‘ganti rugi’ masa rehat yang digunakan pekerja yang merokok. Adil bukan?

Sumber: businessinsider

Menurut laporan The Telegraph, tindakan ini diambil oleh majikan syarikat tersebut kerana menerima banyak aduan daripada pekerja lain yang merasakan mereka bekerja lebih masa berbanding pekerja yang merokok.

Menurut majikan syarikat tersebut, langkahh tersebut juga dipercayai dapat menjadi motivasi untuk pekerja berhenti merokok. Anda rasa perlu atau tidak tindakan seumpamanya dijalankan di Malaysia?

THE VOCKET MASTHEAD
HYPE
Jom Makan Durian Secara Percuma Di ‘Pesta Musang King’ 13 Dan 20 Julai Ini
Baca lagi →