Sejak akhir-akhir ini, Apple saling terpalit dengan kontroversi serta masalah dalaman. Peralihan pengguna iPhone kepada telefon pintar Android yang semakin meningkat sekaligus memberi indikasi mengenai status syarikat tersebut.

Terbaru, Alphabet selaku selaku syarikat induk Google buat julung-julung kalinya berjaya memintas Apple sebagai syarikat paling bernilai dengan memegang jumlah aset terbesar di dunia menurut The Financial Times.

apple-campus-2-iphone-design
Sumber: QZ

Untuk pengetahuan, Apple berjaya memegang takhta sebagai syarikat paling bernilai ini sejak 2017 dimana syarikat ini berjaya memegang $163 bilion tunai. Walau bagaimanapun syarikat ini telah membelanjakannya meninggalkan $61 bilion ketika ini. Lain ceritanya dengan Alphabet dimana kini berjaya memegang $117 bilion tunai sekaligus menggantikan tempat Apple.

Berdasarkan jumlah pegangan tunai yang tinggi, syarikat ini berpeluang meningkatkan infrastruktur, melabur serta menawarkan lebih banyak manfaat buat para pekerja serta pemegang saham.

2019-07-25-image-25 (1)
Sumber: TechSpot

Melihat kepada keadaan semasa, mungkin agak sukar untuk Apple bangkit semula. Pastinya pengeluaran produk penuh inovasi yang mampu menarik perhatian ramai antara yang membuatkan Apple kembali merampas takhta ini.