Barangan fesyen yang tidak original atau disebut sebagai ‘fufu’ semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat. Bukan sahaja di Malaysia, malah masalah ini turut terjadi di Amerika Syarikat.

Berdasarkan sumber siasatan baru-baru ini, difahamkan sejumlah 5,300 beg tangan palsu telah dirampas dalam tempoh satu hari. Lebih mengejutkan pasaran barangan palsu di Amerika Syarikat pada tahun 2017 sahaja dianggarkan bernilai $235.45 juta (RM980 juta).

where-to-buy-pre-owned-handbags
Sumber: coffeeplushandbags

Dalam usaha untuk mengurangkan kadar barangan palsu serta mengelakkan daripada pengguna tertipu, LVMH selaku syarikat induk kepada beberapa jenama melibatkan LV, Dior, Balenciaga, Chanel, Fendi, Gucci, Hermes dan pelbagai lagi telah berjaya menghasilkan sebuah aplikasi untuk mengesan ketulenan beg tangan dalam tempoh empat saat sahaja.

Dikenali sebagai Entrupty, syarikat ini merupakan salah satu dariapda 26 syarikat yang terlibat dalam program teknologi LVMH. Difahamkan aplikasi ini menggunakan teknologi melibatkan artificial intelligence serta mengumpul lebih 500 gambar setiap beg untuk mengesan ketulenan beg tangan dengan pantas. Berdasarkan percubaan yang dibuat, aplikasi ini berjaya menunjukkan ketepatan sebanyak 99.1%.

Setakat ini syarikat ini cuma mampu mengesan beg tangan dan kemungkinan bakal meningkatkan jaringan produk dan barangan fesyen lain dibawah jenama kendalian LVMH. Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana aplikasi ini bakal membantu pengguna dan syarikat dalam skala yang besar selepas ini. Anda boleh tonton video dibawah untuk mengetahui bagaimana aplikasi ini berfungsi.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarikat LVMH yang menawarkan seleksi jenama fesyen mewah? Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Syarikat Induk LV, LVMH Bakal Mula Menawarkan Hotel Mewah

LVMH Peroleh Keuntungan Tertinggi Dengan Nilai RM219.37 bilion

LVMH Berdepan Saman Bernilai RM38.9 Juta