Sebuah lagi kejayaan daripada syarikat dron tanah air, Aerodyne Group selepas berjaya menjadi pemegang saham terbesar syarikat AtSite dengan nilai sekitar RM10.6 juta. Untuk pengetahuan anda AtSite merupakan sebuah syarikat yang menjalan bisnes berasaskan pemeriksaan keatas bilah turbine.

Berdasarkan jumlah RM10.6 juta yang dipersetujui, Aerodyne telah berjaya mendapatkan 60% dimana syarikat ini berjaya memperolehnya melalui suntikan dana daripada Axiata Group Bhd. Melihat kepada pelaburan yang dibuat, Aerodyne berharap syarikat AtSite mampu meningkatkan pendapatan tahunan kepada RM96.4 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Aerodyne-staff-operating-a-drone-for-infrastructure-inspection

Dari segi kerjasama, pelaburan besar yang dibuat Aerodyne ini sekaligus telah membuka jalan buat syarikat ini bekerjasama serta menembusi pasaran Eropah. Penawaran kepakaran dari segi AI, dron dan tenaga kinetik yang dijana melalui turbin membolehkan syarikat ini menawarkan servis mereka secara skala besar di luar.

Setakat ini, Aerodyne telahpun beroperasi di 10 buah negara meliputi Singapura, Australia, Amerika Syarikat serta Arab Saudi. Aerodyne turut dinobatkan sebagai antara syarikat indusri dron terbaik di dunia. Tahniah Aerodyne! Anda berjaya membuktikan Malaysia turut berpeluang bersama negara luar dengan penggunaan teknologi terbaru.